1480160867
Teh Tarik Podcast

Advertise on podcast: Teh Tarik Podcast

This podcast has
55 episodes
Language
Malay
Publisher
Kawah Buku
Explicit
No
Date created
2019/09/15
Latest episode
2023/11/01
Average duration
69 min.
Release period
70 days

Description

This is a series of podcasts brought by Kawah Buku, an independent bookstore based at Bandar Baru Bangi, Malaysia. Borrowing the symbol and meaning represented by teh tarik, we would like to invite the public to listen to our special program of Teh Tarik Podcast which will feature an informal style of discussion, interview and chit-chatting on various topics and current issues as well as selected book reviews with our invited guest.

Unlock Teh Tarik Podcast podcast Email contact info,
Listeners & Audience details

Email contact information

Direct podcast contact details

Listeners

Audience numbers & engagement insights

Audience details

Podcast Insights

Podcast episodes

Check latest episodes from Teh Tarik Podcast podcast


Syarahan Guru Bangsa: Apa dan Kenapa?
2023/11/01
Masyarakat luar dilihatnya sering memugar idea-idea guru bangsa mereka. Kalau di India, Romila Thapar terus dibincangkan. Di Iran, Ali Shariati juga sama, berterusan dibincangkan. Kenzaburō Ōe di Jepun berterusan diangkat. Dan Indonesia juga sama. Maka, Siri Syarahan Guru Bangsa membawa semangat yang sama. Ikuti temu bual Bersama Faisal Tehrani mengenai hala tuju dan tujuan utama penganjuran kuliah kolektif ini. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/kawahbuku/message
Israel-Palestine, Bah. 3: Kegagalan Dunia Arab
2023/10/09
Dalam Siri Israel-Palestin (Bahagian II), kita telah mengungkapkan bagaimana idea Zionism digerakkan melalui kerja-buat yang tersusun menerusi strategi dalaman dan strategi luaran yang melibatkan penggunaan jaringan Zionist dengan sumber kuasa Imperialis pada waktu itu iaitu British. Dari dukungan kuasa imperialis British yang diperolehi menerusi pelbagai cara serta kelicikan dan kecekapan membaca politik semasa zaman itu dan kemunculan momen-momen sejarah yang dimanfaatkan oleh Zionist dengan strategik, negara penjajah Israel akhirnya berjaya ditubuhkan di tanah air Palestine pada tahun 1948. Bermula dari Nakba pertama pada 15 Mei 1948, malapetaka yang melanda bangsa Arab Palestine tak kunjung padam. Keempat-empat perang yang dilalui oleh mereka bermula dengan perang Arab-Israel 1947-1949, Perang Suez 1956, Perang Enam Hari 1967 dan akhirnya Perang Yom Kippur 1973 kesemuanya berakhir bukan saja dengan kekalahan tetapi juga wilayah tanah air mereka semakin mengecil. Jutaan warga Arab Palestin, Muslim dan Kristian hilang tempat tinggal dan menjadi pelarian di serata dunia. Malapetaka atau Nakba yang dialami oleh bangsa Arab Palestin ini tidak lari daripada kelemahan dan kegagalan negara-negara Arab sendiri yang sepatutnya menjadi benteng pelindung tapi akhirnya gagal untuk mempertahankan tanah air Palestin. Apa punca dan sebab-musabab kegagalan dunia Arab? Bahagian III akan cuba meracik dari sudut sejarah, sosiologi dan politik dunia Arab dalam rangka untuk kita memahami kegagalan mereka dan pada masa yang sama cuba untuk merembah jalan yang lebih cerah buat masa depan bangsa Arab Palestin. Rakaman ini dibuat pada 21 Jun 2021, sewaktu kemuncaknya pergelutan di Palestine pada tahun tersebut. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/kawahbuku/message
Israel-Palestine, Bah. 2: Menjayakan Cita-cita Zionisme
2023/10/09
Dalam Bahagian I, yang meracik "Permasalahan Nasionalisme Irredentis", suatu pendekatan teoritis dan konsepsual dikutip melalui analisis sosiologi-sejarah telah dibincangkan buat memahami kelahiran sebuah idea yang menjadi dasar, asas dan sumber kekuatan kepada penjajahan Israel ke atas tanah air Palestin. Idea tanpa gerakan tidak akan menjadi kenyataan. Gerakan tanpa idea hanya akan membawa kepada kebuntuan. Israel adalah sebuah projek negara-bangsa moden yang "berjaya". Dari tiada menjadi ada. Dan daripada ada menjadi semakin besar, menguat dan mengukuh. Menjayakan cita-cita Zionism bukan hanya berlegar seputar idea semata-mata tetapi juga digerakkan dari sebuah gerakan yang tersusun. Zionism adalah sebuah gerakan moden yang bersumberkan unsur-unsur masa silam, dan diolah serta disusun semula menggunakan mekanisme aparatus masa kini bagi merealisasikan cita-cita membina negara di wilayah yang dianggap mereka sebagai "historical homeland". Perbincangan pada episod kedua ini akan menumpukan kepada Zionisme sebagai sebuah gerakan politik, budaya, ekonomi dan ketenteraan yang berjaya bukan hanya kerana kekuatan ideanya yang menangkap sentimen masyarakat Yahudi terbanyak tetapi juga kerana tenaga-tenaga sosial yang bergerak telah turut berjaya dimanfaatkan dengan strategik dan berkesan oleh pemikir, aktivis, politikus dan kepimpinannya. Proses sejarah yang dilalui oleh gerakan Zionisme sehingga melahirkan negara Israel adalah suatu usaha berterusan yang bersandarkan konsep "menyemai benih dari masa silam, menyiram pokok pada masa kini, dan menuai buah untuk masa depan". Rakaman ini dibuat pada 5 Jun 2021, sewaktu memuncaknya pergelutan Israel-Palentine pada tahun tersebut. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/kawahbuku/message
Israel-Palestine, Bah. 1: Permasalahan Nasionalisme Iredentis
2023/10/09
Israel-Palestin adalah sebuah tragedi kemanusiaan yang tak terselesai sehingga ke hari ini. Israel sebagai sebuah entiti politik menjadi "negara" pada tahun 1948 dalam suatu proses sejarah yang panjang, berliku dan penuh darah. Korban kepada kelahiran Israel adalah Palestin. Diberikan hanya sekadar status "negara pemerhati bukan anggota" oleh Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) pada 2012, perjuangan rakyat Palestin untuk merebut kembali tanah air mereka berterusan. Meneropong dari kacamata teori nasionalisme sebagai sebuah idea yang mengutip sumber-sumber sejarah dan budaya terdalam di masa silam serta gerakan politik yang mencitakan sebuah wilayah tanah air untuk bangsanya sendiri, Israel dari tiada menjadi ada dan semakin membesar. Manakala Palestin dari ada menjadi semakin mengecil. Perbincangan yang meliputi 3 episod ini akan cuba untuk meracik persoalan Israel-Palestin dengan lebih halus menggunakan kaedah "longue duree" dan pendekatan sosiologi-sejarah untuk memahami khususnya bagaimana "negara" Israel terbentuk dan bagaimana pula Palestin tersudut serta kegagalan dunia Arab khususnya dan masyarakat dunia amnya untuk menyelesaikan permasalahan yang telah menjadi semakin rumit ini. Rakaman ini dibuat, pada 29 Mei 2021, sewaktu kemuncaknya pertembungan Israel-Palestine pada tahun tersebut. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/kawahbuku/message
25 Tahun Reformasi; Titik Tengah yang Menemui Hujungnya?
2023/09/29
Gerakan Reformasi selalu terlihat sebagai sebuah gerakan yang beridentitikan kepada sosok Anwar Ibrahim. Namun ia sewajarnya tidak berhenti di situ sahaja. Gerakan Reformasi adalah sebuah titik penting perubahan dalam lanskap sosio-politik negara ini. Gerakan Reformasi bukan hanya sebuah gerakan politik namun telah menjadi pemangkin kepada pembentukan aktif tenaga-tenaga sosial baharu seperti organisasi masyarakat sivil dan perkumpulan kolektif yang kemudiannya menjalar dalam mengubah idea, pemikiran dan wacana dalam masyarakat. Lalu, 25 tahun lewat kemunculan Gerakan Reformasi ini, kita menyusur garis masa, mengamati masyarakat Malaysia yang telah tumbuh mekar percikan daripada gelombang reformasi dan merenungkan dilema-dilema baharu Malaysia untuk menjadi lebih baik di masa mendatang. Mad Koy, 25 tahun yang lalu, turun ke jalan raya melarut bersama gelombang Reformasi yang meledak, dan kini sebagai pemerhati politik dan budaya, beliau akan menyusur ingatan sepanjangan 25 tahun reformasi bersama kita semua. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/kawahbuku/message
Abdullah Munshi: Guru Bangsa atau Khadam Penjajah?
2023/09/26
Abdullah Munshi tidak ternafi adalah seorang sosok cendekiawan bangsa. Namun polemik seputarnya sentiasa ada. Terbaharu, Abdullah Munshi digelar sebagai khadam penjajah oleh seorang tokoh politik Malaysia. Persoalannya, apakah perspektif yang tepat untuk kita mengerti, siapakah Abdullah Munshi yang sebenarnya? Khadam penjajah atau guru bangsa? Dalam syarahan ini, Dr. Faizal Musa (Faisal Tehrani) merincikan kesosokan Abdullah Munshi dan sisi-sisi beliau daripada sorotan karyanya dan catatan-catatannya semenjak akhir abad ke-19. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/kawahbuku/message
3. Syed Husin Ali dan karya 'Tokoh-Tokoh Pejuang Rakyat'
2023/08/08
Dalam episod ini, Azan Safar menemubual Syed Husin Ali, penyusun dan penulis buku baharu terbitan Pusat Sejarah Rakyat yang berjudul Tokoh-Tokoh Pejuang Rakyat. Menerusi buku ini, dihimpunkan 28 orang tokoh pejuang kemerdekaan Malaysia meliputi segenap dimensi masyarakat, yang kebanyakan mereka adalah di luar kerangka sosok pejuang yang arus perdana. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/kawahbuku/message
Ilmu Mandiri (Bah. 2); bersama Syed Farid Alatas
2023/06/22
Ilmu Mandiri tidak tergagas untuk berhadapan satu-satunya eurosentrisme, tetapi juga melawan dan membebaskan segala bentuk orientasi kekuasaan yang memasung alam fikir masyarakat di negara jajahan. Selain teori, metodologi ilmu yang berteraskan kaedah ilmiah semata juga telah mengucilkan tradisi intelektual peribumi yang lebih luas. Pengiktirafan yang selalu ditagih dari Barat menambahkan krisis keilmuan dalam ranah ini. Ilmu Mandiri akan sentiasa berhadapan kekangan sementelah institusi dan autoriti juga tertawan mindanya. Ikuti bahagian akhir perbualan Azan Safar dan Syed Farid Alatas dalam mencerakinkan Ilmu Mandiri dalam menghadapi krisis keilmuan ini. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/kawahbuku/message
Ilmu Mandiri (Bah. 1); bersama Syed Farid Alatas
2023/06/22
Eurosentrisme yang menggarisbawahi sistem pendidikan bekas negara jajahan memberikan dampak manipulatif dalam proses penghasilan ilmu di rantau ini. Eurosentrisme bukan sahaja telah 'mengetepikan' dan 'mendiamkan' gagasan keilmuan peribumi malah ia juga mengasingkan ahli cerdik pandai peribumi daripada tradisi intelektual mereka sendiri. Maka Ilmu Mandiri tampil sebagai sebuah gagasan untuk membereskan manipulasi dan membetulkan kembali lensa alam fikir kita yang kabur berkiblatkan sumber ilmu Eropah semata. Ikuti bahagian satu dalam perbualan Azan Safar bersama Syed Farid Alatas seputar hal yang mengasak ini. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/kawahbuku/message
Ep. 1 – Cinta dan Kegelisahan, bersama Mohd. Rosli Ibrahim | Aku dan Buku
2022/10/05
"Buku adalah wasilah," ujar Abang Rosli Ibrahim, dan dia mula membibit dalam sedu, kisah si ayahnya membawa pulang buku yang dikutip dari tong sampah untuk anaknya membaca. "Apa sahaja yang kau lalui, harus ada cinta kepada pengetahuan," ujarnya lagi, dan untuk Abang Rosli, ayahnya adalah intelektual sejati. Sosok ayahnya, saban seusai menarik beca, akan memperuntukkan sedikit wang untuk membeli buku dan akhbar untuk anak-anaknya membaca. "Ramai orang membaca, tetapi tidak merasa gelisah," sambungnya lagi. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/kawahbuku/message
Meracik Isu E6 – Analisa & Sorotan PRN Johor – Bahagian I
2022/03/24
#PRNJohor melabuhkan tirai, dengan Barisan Nasional kembali ke tampuk kuasa pemerintahan yang membawa bersamanya lebih 2/3 bilangan kerusi DUN. Dalam siri #MeracikIsu kali ini, Koi, Azizi, dan Azan bersama-sama membuat sorotan dan menganalisa fenomena politik negara, masa depan politik Melayu, keberantakan etnik dan undi, dan persoalan-persoalan seputarnya. Analisa yang diperikan melalui sudut pandang sosiologikal menjadi landasan perbincangan dalam memberi faham bagaimana operasi politik yang berlaku di Malaysia, dan PRN Johor adalah kajian kes yang terkini untuk diperhatikan. Pemerhatian pada tingkat individu, masyarakat dan institusi memberikan penjelasan yang masuk akal akan senario politik yang kita gulati kini dan ke mana arah tuju perginya. Dalam Bahagian I, tumpuan diberikan khusus terhadap Pilihan Raya Negeri Johor, dan Bahagian II yang akan menyusul, memberi tumpuan kepada analisa dan jangkaan untuk Pilihan Raya Umum ke-15. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/kawahbuku/message
#MenganyamNusa: Sebuah Sorotan | Kawah Buku x Institut Nyala
2021/09/30
Temasya #MenganyamNusa melabuh tirai dengan wawancara khas bersama Tun Dr. Mahathir pada 16 Sept. Untuk menutup, Azan Safar dan Teo Lee Ken, masing-masing mewakili Kawah Buku dan Institut Nyala—pekumpulan di belakang temasya ini, duduk bersama dan menyorot kembali keseluruhan temasya bermula dari perbincangan bersama kumpulan Orang Asli, seterusnya ingatan ratifikasi Perlembagaan Malaysia, dan tentang muzik, sastera, serta hal-hal berselirat dengan identiti kebangsaan. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/kawahbuku/message

Podcast reviews

Read Teh Tarik Podcast podcast reviews


0 out of 5
0 reviews

Podcast sponsorship advertising

Start advertising on Teh Tarik Podcast relevant audience podcasts


What do you want to promote?