1524760241
Sinar Harian

Advertise on podcast: Sinar Harian

Categories
Country
United States
This podcast has
95 episodes
Language
English
Publisher
sinarharian
Explicit
No
Date created
2020/07/23
Latest episode
2026/11/09
Average duration
3 min.
Release period
1 days

Description

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik. Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.

Unlock Sinar Harian podcast Email contact info,
Listeners & Audience details

Email contact information

Direct podcast contact details

Listeners

Audience numbers & engagement insights

Audience details

Podcast Insights

Podcast episodes

Check latest episodes from Sinar Harian podcast


Apa beza rumah dengan tempat tinggal?
2026/11/09
Timbalan Dekan Akademik dan Pengantarabangsaan ISTAC-IUM, Dr Syarifah Fatimah Al-Zahrah Syed Hussien Al-Attas berkata, perbezaan tempat tinggal dan rumah terletak pada aspek fizikal, fungsi, serta nilai emosi yang dikaitkan dengannya. Saksikan video penuh di: https://www.youtube.com/live/e3CAXwj9qO4?si=hYIw_sLwRfopIub9 Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian. #SinarHarian  #SuaraRakyat #Wacana #PerumahanAwam #PPR #komuniti
'Kami hanya ziarah saja' - ADUN PN jumpa Tunku Nadzaruddin
2026/11/06
"Kami ziarah saja, kita nak menyelesaikan... tiada isu apa-apa pun". Demikian kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi, Kamarol Ridzuan Mohd Zain ketika ditemui pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar di Istana Serting, Jempol pada Khamis. Jelas beliau, kehadiran mereka merupakan pertemuan kali pertama dengan Tunku Nadzaruddin. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803560/edisi/melaka-ns/dua-adun-pn-jumpa-tunku-nadzaruddin-di-istana-serting Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian. #SinarHarian #BeritaSemasa #AdunPN #TunkuNadzaruddin
'Peletakan jawatan saya berkuat kuasa serta-merta sejurus Najib jejak ke rumahnya' - Anthony Loke
2026/11/06
Anthony Loke menegaskan peletakan jawatannya sebagai Menteri Pengangkutan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjejak kaki ke kediamannya. Menurutnya, pendiriannya untuk meletakkan jawatan tidak berubah meskipun pembayaran denda RM50 juta oleh bekas Perdana Menteri itu telah diselesaikan di Mahkamah Tinggi pada pagi Jumaat. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803561/berita/semasa/peletakan-jawatan-saya-berkuat-kuasa-serta-merta-sejurus-najib-jejak-ke-rumahnya---anthony-loke Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian. #SinarHarian #BeritaSemasa #NajibRazak #AnthonyLoke #letakjawatan
NKVE terendam, Selangor tenggelam
2026/11/06
Mimpi ngeri untuk 800,000 rakyat yang tinggal dan bekerja di Shah Alam. Minggu ini sahaja dua kali Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) ditutup kedua-duanya ketika waktu puncak kerana banjir kilat. Pada 2 November, PLUS menutup kedua-dua arah NKVE antara Kilometer (KM) KM9.1 dan KM9.4 sekitar jam 6.20 petang, ketika ribuan warga kota baru keluar dari pejabat. Awal pagi Rabu, air kembali menenggelamkan KM9.1 dan PLUS terpaksa menutup semua lorong sehingga melepasi waktu puncak pagi, selain beberapa laluan GCE dan ELITE. Audio dijana oleh AI Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803465/berita/cetusan/nkve-terendam-selangor-tenggelam #SinarHarian #SinarTerkini #AudioSiar #NKVE #Banjir
'Dia sign halal, kita sign dikata dajal' - Anwar sedia dedah perjanjian CSA
2026/11/05
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia mendedahkan dokumen Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) yang ditandatangani antara kerajaan dengan 13 Ahli Parlimen pembangkang pada 31 Oktober lalu.  Beliau berkata, perjanjian persefahaman seperti itu bukan perkara baharu kerana ia pernah dimeterai ketika Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi Perdana Menteri di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN), dengan turut melibatkan pemimpin Pas.  Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803434/berita/politik/dia-sign-halal-kita-sign-dikata-dajal---anwar-sedia-dedah-perjanjian-csa  Tajuk lagu: Elevate  Artis/ komposer: Benjamin Tissot  Sumber: www.bensound.com  Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.  #SinarHarian #BeritaSemasa #AnwarIbrahim #SignHalal #PerjanjianCSA
Lakukan ritual agama lain: Ibu Aliff Daniel sebak ketika lafaz taubat, akui gagal bimbing anak
2026/11/05
Air mata seorang ibu mengalir ketika membaca lafaz pengisytiharan taubat selepas mengakui kelemahan diri dalam mendidik dan membimbing anak kandungnya, Aliff Daniel Adli, 21, sehingga terjebak dengan amalan bercanggah dengan akidah Islam. Rohizayanti Ramli, 52, berkata, pengisytiharan taubat secara rasmi dan terbuka itu dilakukan atas kesedaran sendiri tanpa sebarang tekanan, paksaan, dorongan atau ancaman daripada mana-mana pihak. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803384/berita/semasa/lakukan-ritual-agama-lain-ibu-aliff-daniel-sebak-akui-gagal-bimbing-anak Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian. #SinarHarian #BeritaSemasa #isusertairitualkeagamaan #taubat
Aliff Daniel isytihar taubat
2026/11/05
Berpuasa selama seminggu dengan hanya mengambil sayur-sayuran dan air sebelum menyertai ritual agama Hindu ketika sambutan Thaipusam antara perbuatan yang diakui Aliff Daniel Adli dalam pengisytiharan taubatnya pada Khamis.   Aliff Daniel, 21, turut mengakui melakukan beberapa ritual termasuk mencucuk trisula pada pipi, meletakkan bel pada lidah serta membawa bekas susu atau pal kudam ketika berarak ke sebuah kuil di Batu Caves, Gombak pada Januari 2024. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803407/berita/semasa/aliff-daniel-isytihar-taubat-akui-berpuasa-seminggu-sebelum-ritual-thaipusam Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian. #SinarHarian #BeritaSemasa #isusertairitualkeagamaan #taubat
Kandungan CSA perlu didedahkan kepada umum– Takiyuddin
2026/11/05
Kandungan Perjanjian Kepercayaan dan Perbekalan (CSA) yang ditandatangani beberapa ahli Parlimen pembangkang dengan pihak kerajaan pada 31 Oktober lalu perlu didedahkan kepada umum. Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, ia termasuk jumlah, kaedah dan pelaksanaan peruntukan kepada pembangkang. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803367/berita/nasional/kandungan-csa-perlu-didedahkan-kepada-umumndash-takiyuddin Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian. #SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #sidangdekwanrakyat #CSA #Takiyuddin
PRN Melaka: Calon PH Duyong pilih 'shake hand', bukan kejar 'like'
2026/11/05
Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong, Poo Long Suan memilih pendekatan turun padang dan bersalaman dengan seramai mungkin pengundi berbanding mengejar populariti di media sosial dalam usaha memperkenalkan dirinya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini. Menurutnya, media sosial penting tetapi bukan segala-galanya dalam kempen pilihan raya kerana platform itu lebih cenderung menjangkau kelompok masyarakat tertentu dalam dunia maya, sedangkan hubungan dengan pengundi perlu dibina menerusi pertemuan secara bersemuka. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803371/berita/politik/prn-melaka-calon-ph-duyong-pilih-shake-hand-bukan-kejar Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian. #SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #DUNDuyong #PH
Caltex, Petron bayar pampasan ihsan kepada pemilik kenderaan terjejas RON95 - Armizan
2026/11/05
Dua syarikat pembekal bahan api, Petron dan Chevron pemilik jenama Caltex, telah mula melaksanakan pembayaran ganti rugi secara ihsan kepada pemilik kenderaan yang mengalami kerosakan enjin, susulan isu pencemaran petrol RON95. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, kedua-dua syarikat minyak tersebut, telah memulakan tindakan susulan melibatkan aduan kerosakan yang disahkan sahih sementara siasatan terperinci masih berjalan. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803343/berita/nasional/caltex-petron-bayar-pampasan-ihsan-kepada-pemilik-kenderaan-terjejas-ron95---armizan Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian. #SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #sidangdekwanrakyat #isuRON95bercampurair
Hilang jerebu, timbul banjir
2026/11/05
Pagi yang sepatutnya bermula dengan rutin biasa bertukar kecoh apabila beberapa kawasan sekitar Lembah Klang berdepan situasi banjir susulan hujan lebat awal pagi Rabu. Belum sempat matahari menunjukkan wajah, ada yang terpaksa mengubah laluan perjalanan, berpatah balik, mencari jalan alternatif untuk ke tempat kerja dan sekolah. Audio dijana oleh AI Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803313/suara-sinar/pojok/hilang-jerebu-timbul-banjir #SinarHarian #SinarTerkini #AudioSiar #Banjir #HujanLebat
Petronas memang ‘beda level’
2026/11/04
Sindiran pelakon Indonesia, Boy Hamzah baru-baru ini terhadap Petronas kononnya tidak mendapat sambutan di negaranya mungkin mengundang gelak ketawa dalam kalangan sesetengah pihak, namun kenyataan itu sebenarnya memperlihatkan betapa ceteknya penilaian terhadap keupayaan sebuah syarikat yang beroperasi di pentas global. Mengukur kekuatan Petronas berdasarkan kehadirannya dalam pasaran runcit bahan api Indonesia adalah hujah tersasar. Syarikat minyak dan gas negara itu meninggalkan pasaran berkenaan pada 2012 tetapi keputusan perniagaan itu tidak boleh disamakan dengan kegagalan. Audio: Dijana oleh AI Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803162/suara-sinar/lidah-pengarang/petronas-memang-beda-level Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara. #SinarHarian #BeritaTerkini #AudioSiar #Petronas
Covid-19 pengajaran besar negara - Calon Bersatu DUN Paantai Kundor
2026/11/04
Pengalaman sebagai 'frontliner' dalam tempoh Covid-19 masih kuat berbekas di hati Dr Asmah Samat yang bertugas di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam tempoh sukar itu, lapor wartawan Snar Harian, Haizir Othman. Mantan Timbalan Pengarah Kanan Cawangan Perkembangan Perkhidmatan Perubatan, Bahagian Perkembangan Perubatan KKM yang juga calon Bersatu Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor itu berharap insiden tersebut tidak berulang dan mahu kita semua menjadikannya pengajaran yang berguna. Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian. #SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #DUNPantaiKundor
PRN Melaka: Baharu hari kelima kempen, Farzana sudah masuk gear lima
2026/11/04
Belum pun memasuki separuh tempoh berkempen, calon muda Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang, Farzana Hayani Mohd Nasir sudah masuk gear lima dengan menggerakkan jentera secara agresif dalam usaha mendekati pengundi di kawasan itu. Farzana, 26, yang mesra disapa Nana berkata, sekitar 30 ke 40 peratus kawasan itu sudah dikunjunginya sejak kempen rasmi bermula melalui turun padang dengan mengunjungi kawasan perumahan dan kampung bertemu penduduk dengan menaiki motosikal. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803189/berita/politik/prn-melaka-baharu-hari-kelima-kempen-farzana-sudah-masuk-gear-lima Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian. #SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #PH #calonDunKlebang
Ban Hong mahu bangunkan Klebang Walk Fasa 2, beri perhatian isu internet 'slow'
2026/11/03
Pembangunan Klebang Walk Fasa 2 antara perkara yang akan diberikan perhatian oleh calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang, Datuk Lim Ban Hong bagi merancakkan ekonomi dan sektor pelancongan setempat sekiranya diberi mandat meneruskan khidmat bagi penggal ketiga. Pengerusi MCA Melaka itu berkata, cadangan berkenaan merupakan antara 15 manifesto yang ditawarkan kepada pengundi menerusi tiga teras utama iaitu infrastruktur dan pembangunan; ekonomi dan peluang; serta kesejahteraan dan masa depan komuniti. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803093/berita/politik/ban-hong-mahu-bangunkan-klebang-walk-fasa-2-beri-perhatian-isu-internet-slow Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian. #SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat

Podcast reviews

Read Sinar Harian podcast reviews


0 out of 5
0 reviews

Podcast sponsorship advertising

Start advertising on Sinar Harian relevant audience podcasts


What do you want to promote?