1534972088
No Tapis

Advertise on podcast: No Tapis

Categories
Country
Malaysia
This podcast has
555 episodes
Publisher
Berita Harian
Explicit
No
Date created
2020/10/08
Latest episode
2026/10/09
Average duration
45 min.
Release period
7 days

Description

Podcast Berita Harian Singapura menampilkan 3 tajuk podcast - NoTapis, tBH & BHerbual. Ikuti perbincangan yang dekat dengan hati masyarakat Melayu Singapura termasuk aspirasi orang muda, isu sosial, geopolitik, kesihatan, kerjaya, sukan, budaya dan macam-macam lagi. Podcast ini dihasilkan oleh Berita Harian, SPH Media.

Unlock No Tapis podcast Email contact info,
Listeners & Audience details

Email contact information

Direct podcast contact details

Listeners

Audience numbers & engagement insights

Audience details

Podcast Insights

Social media

Check No Tapis social media presence


Podcast episodes

Check latest episodes from No Tapis podcast


Bukan Melayu tapi cinta Bahasa Melayu
2026/10/09
Apa yang mendorong seorang lelaki Singapura bukan Melayu untuk belajar bahasa Melayu secara serius? Dalam episod NoTapis ini, Encik Bhargav Sriganesh berkongsi perjalanannya: daripada seorang yang bertutur dalam bahasa Melayu tanpa memahami maknanya, hingga menjadi fasih berbahasa Melayu selepas latihan intensif selama empat bulan. Beliau mendedahkan cabaran yang dihadapi, pengalaman bertugas sebagai pegawai diplomatik di Kuala Lumpur sebelum ini, serta bagaimana bahasa Melayu menjadi jendela kepada budaya dan nilai masyarakat. See omnystudio.com/listener for privacy information.
Episod 485 NoTapis - POV Si Cilik
2026/10/02
Sempena Hari Kanak-Kanak, NoTapis dan OMGxBH menyerahkan mikrofon kepada si cilik untuk menjawab persoalan ‘besar’ yang biasanya dibincangkan orang dewasa. Dalam episod khas ini, tiga kanak-kanak Elliya Sophia Mohammad Sofian, Eilshan Shakil Mohammad Sofian dan Zara Sofia Muhd Syahrul, berkongsi pandangan mereka tentang mempunyai adik, dan kehidupan dalam keluarga yang lebih besar, penggunaan skrin dan juga aspirasi mereka!   See omnystudio.com/listener for privacy information.
Episod 484 (BHGN 2) - Jangan biar bahasa Melayu jadi bahasa ‘order’ makan saja
2026/10/02
Selepas habis sekolah, masihkah kita gunakan Bahasa Melayu? Atau adakah Bahasa Melayu akhirnya hanya digunakan untuk berbual dengan keluarga, pesan makanan dan dalam situasi tertentu sahaja? Sempena Bulan Bahasa, NoTapis bersama Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Melayu NUS, Dr Azhar Ibrahim Alwee, membincangkan mengapa penggunaan Bahasa Melayu semakin berkurangan selepas alam persekolahan. Kami juga bincangkan “grammar police”, identiti Melayu, penggunaan AI dan persoalan lebih besar: bagaimana Bahasa Melayu boleh terus menjadi bahasa yang hidup, moden dan mampu membawa ilmu serta idea baharu? See omnystudio.com/listener for privacy information.
Episod 484 (BHGN 1) - “Saya tak bual Melayu pasal bahasa Melayu saya tak bagus…”
2026/09/25
“Bahasa Melayu saya tak bagus.” Tapi betulkah kita tak berbahasa Melayu kerana “Melayu tak bagus” atau kerana tak nak cuba?  Sempena Bulan Bahasa, NoTapis bersama Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Melayu NUS, Dr Azhar Ibrahim Alwee, membincangkan kedudukan Bahasa Melayu dalam masyarakat Singapura hari ini. Daripada ‘berbual  rojak’ dan rasa takut tersilap, hingga persoalan sama ada Bahasa Melayu semakin terpinggir, kami kupas apa sebenarnya yang perlu dilakukan agar bahasa ini terus hidup, digunakan dan berkembang dalam generasi akan datang. See omnystudio.com/listener for privacy information.
Notapis Live: Bahaya ‘grooming’ dan apa ‘red flags’ ibu bapa perlu perhatikan?
2026/09/18
Masa kecil dulu kita sering diingatkan: ‘stranger danger’! Tapi bila orang yang kita kenali sendiri yang berbahaya untuk anak-anak kita, macam mana? Dalam episod khas NoTapis Live x Dunia Anak (DNA) ini, hos NoTapisNatasha Mustafa dan Koresponden Nur Dhuha Esoof membincangkan isu ‘grooming’ dan keselamatan kanak-kanak bersama Pakar Psikologi Klinikal Kanan dan Pengasas ImPossible Psychological Services, Encik Muhammad Haikal Jamil; Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Hayaa Network, Ustazah Liyana Musfirah dan Pekerja Sosial Kanan PPIS, Cik Siti Khadeejah Muabdu. Episod ini - yang diadakan di Auditorium SPH baru-baru ini- turut melibatkan penonton yang melalui beberapa tinjauan pendapat semasa perbincangan tersebut. See omnystudio.com/listener for privacy information.
Episod 482 NoTapis - “Bila anak saya bunuh diri…”
2026/09/14
⚠️ Amaran kandungan sensitif: Episod ini mengandungi perbincangan mengenai isu kesihatan mental, tekanan emosi dan bunuh diri. Selepas bergelut dengan masalah kemurungan sejak remaja, anak Cik Mariam (bukan nama sebenar) memutuskan untuk bunuh diri pada 2023.  Dalam episod NoTapis ini, Cik Mariam berkongsi perjalanan sebagai seorang ibu dan penjaga, kesan kehilangan terhadap keluarganya serta stigma yang dihadapi individu dengan masalah kesihatan mental. Bersama Penyelia Klinikal Club HEAL, Cik Balqis Mericar, kami turut membincangkan mengapa tanda seseorang sedang mengalami masalah mental tidak mudah dilihat, tekanan terhadap kaum adam untuk sentiasa kelihatan “kuat”, serta bagaimana keluarga dan masyarakat boleh memberi sokongan. See omnystudio.com/listener for privacy information.
Episod 481 - Siri Piala Podcast: Budi Yasa: Penjenayah Budaya atau Penyelamat Bahasa?
2026/09/04
Slanga seperti “mantul”, bahasa singkatan dan istilah baharu semakin menjadi sebahagian daripada cara golongan muda berkomunikasi. Tetapi adakah perubahan ini membantu Bahasa Melayu kekal relevan, atau perlahan-lahan menghakis keaslian bahasa kita? Dalam episod ini, pelajar Raffles Institution (RI) membawa pendengar menyelami isu penggunaan bahasa dalam kalangan belia menerusi kisah fiksyen seorang pempengaruh yang dituduh “menculik” bahasa generasi muda. Episod ini merupakan hasil karya sekumpulan pelajar dari RI yang juga merupakan juara bagi pertandingan Piala Podcast, yang dianjurkan Institut Millennia (MI) dengan sokongan Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC) dan dengan Berita Harian (BH) sebagai rakan media rasmi. See omnystudio.com/listener for privacy information.
Episod 480 - Siri Piala Podcast: Di mana identiti Melayu kita?
2026/08/28
Kalau bukan kita yang pelihara identiti Melayu, siapa lagi? Cukup ke sekadar dengar lagu Melayu atau pakai baju kurung untuk kekalkan warisan kita? Dalam episod ini hos dari Madrasah Alsagoff bincangkan cabaran sebenar yang dihadapi generasi muda hari ini - daripada isu penggunaan bahasa Melayu hingga ke usaha kekalkan adab dan nilai Melayu.  Episod ini merupakan hasil karya sekumpulan pelajar dari Madrasah Alsagoff yang juga merupakan pemenang Tempat Kedua bagi pertandingan Piala Podcast, yang dianjurkan Institut Millennia (MI) dengan sokongan Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC) dan dengan Berita Harian (BH) sebagai rakan media rasmi. See omnystudio.com/listener for privacy information.
Episod 479: Siri Piala Podcast: Permainan tradisional - ‘cringe’ ke ‘cool’?
2026/08/21
Adakah permainan tradisional seperti congkak dan capteh masih relevan atau sekadar simbol warisan yang ‘cringe’ bagi generasi muda? Dalam episod ini, hos dari Maktab Rendah Anderson Serangoon membawakan perdebatan sengit antara impak permainan digital moden dengan kepentingan mempertahankan nilai warisan dan identiti budaya Melayu di Singapura. Episod ini merupakan hasil karya pelajar sekumpulan pelajar dari Maktab Rendah Anderson Serangoon yang juga merupakan pemenang Tempat Ketiga bagi pertandingan Piala Podcast, yang dianjurkan Institut Millennia (MI) dengan sokongan Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC) dan dengan Berita Harian (BH) sebagai rakan media rasmi. Episod ini merupakan karya tempat ketiga Piala Podcast 2026. See omnystudio.com/listener for privacy information.
Episod 478 NoTapis - Kenapa ramai tak tahu ‘humanitarian work’ sebenarnya mula di S’pura?
2026/08/14
Kenapa ramai rasa kerja kemanusiaan hanya boleh dilakukan di luar negara? Bila  sebut  tentang kerja kemanusiaan, ramai mungkin bayangkan misi bantuan di kawasan perang, bencana alam atau krisis di luar negara. Tetapi bagaimana pula dengan mereka yang memerlukan bantuan di depan mata kita sendiri? Dalam episod NoTapis kali ini, dua kakitangan Palang Merah Singapura, Muhammad Daniel Samu Wel dan Mohammad Indera Putra Abdullah, berkongsi perjalanan mereka — daripada membantu warga emas dan memberi bantuan kecemasan, hingga berdepan kehilangan serta tekanan emosi yang datang bersama tugas tersebut. See omnystudio.com/listener for privacy information.
Episode 477 NoTapis - Belia Singapura yakin masa depan negara, tapi bimbang nasib sendiri?
2026/08/07
Ramai belia yakin Singapura mempunyai masa depan yang cerah. Namun apabila bercakap tentang kerjaya, kos sara hidup, kecerdasan buatan (AI), pemilikan rumah dan peluang untuk berkembang, adakah mereka masih yakin dengan masa depan sendiri? Sempena Hari Kebangsaan, NoTapis menghimpunkan empat anak muda daripada latar belakang berbeza untuk berbincang secara terbuka tentang cabaran yang dihadapi generasi hari ini, mengapa ramai masih memilih untuk kekal di Singapura, dan apakah yang perlu dilakukan supaya belia bukan sekadar menjadi sebahagian daripada masa depan negara, tetapi mampu berkembang seiring dengannya. See omnystudio.com/listener for privacy information.
Episod 476 NoTapis - “Buat apa masuk dikir? Bukannya boleh buat duit..” Masuk bidang seni=tak ada masa depan?
2026/07/31
"Boleh cari makan ke kalau main Dikir Barat?" Seni boleh dijadikan kerjaya atau semakin dilihat sebagai ‘buang masa’? Atau mungkin dalam era AI sekarang, kreativiti dan budaya semakin penting dan bernilai?  Episod NoTapis kali ini diadakan di Taman Warisan secara langsung dan kita dapatkan pandangan penonton juga kali ini selain empat panelis: Pengarah Eksekutif Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM), Encik Didicazli Ismail; pengasas syarikat teknologi dan arkitek data, Encik Shamir Rahim; dan tukang karut muda daripada Politeknik Republic, Cik Nur Syahindah Aqilah Zakaria. See omnystudio.com/listener for privacy information.
Episod 475 NoTapis - Dari rumah sewa ke rumah sendiri: "Tak ada gaji tetap, masih boleh beli HDB?"
2026/07/24
“Kalau dah tinggal di rumah rumah sewa…memang terus kekal lah di situ..” Betul ke? Ramai anggap rumah sendiri hanya untuk mereka yang ada  pekerjaan tetap dan kewangan yang kukuh. Tapi kalau ‘freelance’ bagaimana pula? Masih ada ‘chance’?  Dalam episod NoTapis kali ini, pasangan Cik Noor Aini Jani dan Encik Muhammad Waliyuddin kongsi perjalanan mereka daripada rumah sewa ke rumah sendiri, serta bagaimana bimbingan HDB Home Ownership Support Team (HST) membantu mereka memahami proses, geran dan kelayakan yang selama ini mereka sangka di luar kemampuan mereka. See omnystudio.com/listener for privacy information.
Episod 474 NoTapis - Peguam muda senang ‘burnout’? Atau sistem guaman dah rosak?
2026/07/17
Kenapa semakin ramai peguam muda di Singapura pilih untuk tinggalkan bidang guaman? Adakah disebabkan ‘burnout’, waktu kerja yang terlalu lama, atau sistem itu sendiri yang perlu diubah? Dalam episod NoTapis kali ini, kami berbincang bersama Pengarah Urusan, Crescent Law Chambers LLC; Peguam Kanan, Titanium Law Chamber LLC dan Lulusan bidang undang-undang, Universiti Nasional Singapura (NUS) tentang realiti sebenar menjadi seorang peguam di Singapura. Daripada tekanan memenuhi tuntutan klien hinggalah kesan teknologi yang menjadikan kerja semakin pantas, kami mengupas persoalan yang ramai ingin tahu: adakah profesion ini masih mampu menarik dan mengekalkan bakat-bakat muda? Adakah masalahnya generasi muda... atau sistem yang perlu berubah? See omnystudio.com/listener for privacy information.
Episod 473 NoTapis - Bahasa Melayu Tak Layu, Cuma Berubah?
2026/07/10
Bahasa Melayu semakin layu… atau sebenarnya sedang berevolusi?Dalam episod khas NoTapis ‘Live’ sempena Piala Podcast 2026 di Institut Millennia, kami membincangkan masa depan bahasa Melayu bersama Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan merangkap Pembangunan Negara), Dr Syed Harun Alhabsyi; pengasas bersama Meja Conteng, Cik Nur Aisyah Lyana Mohamed Satria dan pencipta kandungan Cik Sofia Duad (soficattt).Melalui undian secara langsung bersama hadirin, kami mengupas persoalan yang dekat dengan generasi muda:  Adakah anak muda kini belajar bahasa Melayu daripada media sosial seperti TikTok? Perlukah kita risau dengan bahasa rojak?  Sejauh mana pencipta kandungan bertanggungjawab membentuk penggunaan bahasa Melayu?  Adakah bahasa Melayu benar-benar semakin hilang, atau sekadar berubah mengikut zaman? Perbincangan ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu bukan sahaja kekal relevan dalam era digital, malah terus mendapat tempat menerusi wadah baharu seperti podcast dan vlog, yang semakin mendapat sambutan dalam kalangan golongan muda. See omnystudio.com/listener for privacy information.

Podcast reviews

Read No Tapis podcast reviews


0 out of 5
0 reviews

Podcast sponsorship advertising

Start advertising on No Tapis relevant audience podcasts


What do you want to promote?