1544029003
Audio Pendidikan

Advertise on podcast: Audio Pendidikan

Categories
Country
United States
This podcast has
217 episodes
Date created
2020/12/09
Latest episode
2025/02/17
Average duration
27 min.
Release period
28 days

Description

Himpunan Audio Pendidikan terbitan Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia #TVP #Pendidikan #KPM #MOE #AudioPendidikan

Unlock Audio Pendidikan podcast Email contact info,
Listeners & Audience details

Email contact information

Direct podcast contact details

Listeners

Audience numbers & engagement insights

Audience details

Podcast Insights

Podcast episodes

Check latest episodes from Audio Pendidikan podcast


Bahasa Melayu Tahun 5 - Kata Nafi
2025/02/17
Tajuk ini akan membincangkan tentang aspek tatabahasa iaitu Kata Nafi. Kata Nafi boleh dibahagi kepada dua iaitu bukan dan tidak. Seterusnya, tajuk ini akan menerangkan secara terperinci tentang penggunaan Kata Nafi bukan dan tidak dengan betul. Pentaksiran berbentuk formatif juga diberikan setelah selesai satu-satu sub-topik dibincangkan.
Bahasa Melayu Tahun 4 - Puisi: Pantun
2025/02/12
Pantun merupakan bahan sastera yang menyerap keindahan dan kesantunan bahasa. Penyampai akan menerangkan asal usul pantun, jenis – jenis pantun dan langkah – langkah mudah membina pantun. Pentaksiran berbentuk struktur dan suai padan pada akhir pengajaran.
Bahasa Melayu Tahun 4 - Kata Sendi Nama
2024/12/09
Tajuk ini membincangkan tentang cara mengenal pasti kata sendi nama. Selain itu, tajuk ini juga akan menjelaskan tentang penggunaan kata sendi nama dengan betul untuk membina ayat. Murid-murid turut dibimbing menyebut kata sendi nama dengan sebutan dan intonasi yang betul. Seterusnya, pentaksiran berbentuk formatif diberikan setelah topik selesai dibincangkan.
Bahasa Melayu Tahun 1 - Tatabahasa: Kata Ganti Nama Diri
2024/12/05
Tajuk Kata Ganti Nama mendedahkan keperluan murid Tahun Satu untuk memahami dua aspek penting dalam kata ganti nama iaitu kata ganti nama diri orang dan kata ganti nama tunjuk. Objektif pengajaran kata ganti nama kepada murid Tahun Satu bertujuan supaya murid dapat mengenal pasti penggunaan kata ganti nama diri mengikut kepelbagaian konteks yang disediakan. Murid juga didedahkan dengan jenis kata ganti nama diri tanya dan kata ganti nama tunjuk umum dan tempat.
Bahasa Melayu Tahun 1 - Tatabahasa: Kata Nama Am
2024/12/05
Tajuk ini membincangkan tentang cara mengenal pasti kata nama am mengikut lima jenis kumpulan. Selain itu, tajuk ini juga membincangkan tentang penggunaan kata nama am dengan betul dalam membina ayat. Murid-murid turut dibimbing menyebut kata nama am dengan sebutan dan intonasi yang betul. Seterusnya, pentaksiran berbentuk formatif diberikan setelah topik selesai dibincangkan.
Bahasa Melayu Tingkatan 2 - Sajak: Kucari Damai di Sini
2024/12/04
Tajuk sajak Kucari Damai di Sini daripada Antologi Baik Budi Indah Bahasa ini akan membincangkan tentang maksud setiap rangkap sajak serta komponen sastera yang terkandung dalam sajak ini. Seterusnya, tajuk ini akan menerangkan secara terperinci tentang tema, persoalan, gaya bahasa, nilai dan pengajaran. Tajuk ini akan diakhiri dengan latihan pemahaman berkaitan komponen sastera dalam sajak yang telah dipelajari. Pentaksiran berbentuk formatif juga diberikan setelah selesai satu-satu subtopik dibincangkan.
EKONOMI: TINGKATAN 4 - Keanjalan Harga Permintaan
2024/12/03
Rancangan ini menjelaskan tentang konsep keanjalan harga permintaan dan membuat pengiraan mudah, menjelaskan keanjalan permintaan dengan rajah, menjelaskan penentu keanjalan harga permintaan, menerangkan hubungan dalam harga dengan perubahan dalam jumlah hasil bagi keanjalan yang berbeza.
KOMSAS - Peminangan Puteri Gunung Ledang
2024/03/29
SINOPSIS Selepas kemangkatan Permaisuri, Sultan Mahmud berhasrat untuk beristeri lagi. Hasratnya itu telah dimaklumkan kepada Bendahara dan para pembesar istana. Setelah berbincang, Sultan Mahmud melahirkan hasrat untuk berkahwin dengan Puteri Gunung Ledang  untuk membezakannya daripada raja-raja lain. Baginda telah menitahkan Tun Mamat untuk melaksanakan tugas peminangan, bersama-sama Laksamana, Sang Setia dan beberapa orang Inderagiri. Setelah menempuh pelbagai rintangan, akhirnya hanya Tun Mamat dan dua orang pengiring sahaja yang berjaya tiba di puncak gunung Ledang. Tun Mamat telah menyaksikan pelbagai keajaiban sewaktu berada di puncak gunung tersebut. Tun Mamat mendapati buluh perindu berbunyi, bunga bunga menyanyi, balai diperbuat daripada tulang dan atapnya daripada rambut. Setelah diberitahu tentang syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh sultan sebelum berkahwin dengan Puteri Gunung Ledang, Tun Mamat dan rombongannya telah kembali semula ke Melaka. Tun Mamat telah menyampaikan segala perkhabaran kepada Sultan Mahmud. Sultan Mahmud terpaksa melupakan hasratnya kerana tidak sanggup memberikan darah anakandanya sebagaimana yang dikehendaki oleh Puteri Gunung Ledang.
PENDIDIKAN ISLAM: TINGKATAN 3 - Hindari Sifat Negatif
2024/02/02
Tajuk Hindari Sifat Negatif ini akan membincangkan tentang hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Saidina Anas Bin Malik R.A yang terkandung di dalamnya doa yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W agar dihindari dari 4 sifat negatif. Sifat-sifat negatif ini akan diterangkan secara terperinci agar ianya dapat dihindari oleh murid. Tajuk ini akan diakhiri dengan latihan pengukuhan agar kehafaman murid-murid dapat dinilai dan diukur. Pentaksiran berbentuk formatif juga diberikan setelah selesai satu-satu sub-topik dibincangkan.
PENDIDIKAN ISLAM: TINGKATAN 3 - Konsep Kenabian
2024/01/26
Menerangkan tentang konsep kenabian secara keseluruhan bermula dengan maksud beriman kepada rasul. Penjelasan tentang pentingnya keimanan kepada rasul dalam kehidupan muslim. Perbezaan antara nabi dan rasul , sifat wajib , mustahil dan harus. Tajuk ini juga menjelaskan tentang ismaturrasul, mukjizat dan ulul azmi. Penjelasan tentang sifat dan keistimewaan ini dapat membantu pelajar memahami siapakah nabi dan rasul serta apakah peranan mereka . Seterusnya dijelaskan juga hikmah rasul daripada kalangan manusia. Kecintaan terhadap rasul dapat dipupuk apabila mereka memahami konsep kenabian ini dengan sepenuhnya.  
SEJARAH: TINGKATAN 2 - Pengasasan Kerajaan Johor Riau
2024/01/26
Rancangan in mengisahkan tentang Kesultanan Johor Riau diasaskan oleh waris Kesultanan Melayu Melaka. Kerajaan ini mewarisi dan meneruskan kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Kepimpinan Kesultanan Johor Riau berjaya menghadapi cabaran kearah kegemilangan.
SEJARAH: TINGKATAN 2 - Sosio Budaya Masyarakat Kerajaan Alam Melayu
2024/01/24
Rancangan ini mengupas tentang sosiobudaya masyarakat kerajaan Alam Melayu iaitu dalam aspek bahasa, tulisan dan persuratan serta perkembangan bidang pendidikan dalam kalangan masyarakat sehingga kini.
SEJARAH: TINGKATAN 2 - Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka
2024/01/23
Rancangan ini menjelaskan tentang Lokasi Melaka yang strategik menjadi tarikan Parameswara untuk membina kerajaan di situ. Kemantapan kepimpinan raja seperti Parameswara, Sultan Mansur Shah dan Sultan Muzaffar Shah dalam pentadbiran disamping bantuan dari pembesar-pembesar Sistem Pembesar Empat Lipatan dapat menjadikan Melaka masyhur.
SEJARAH TINGKATAN 2 - Agama, Kepercayaan Dan Keunikan Warisan Masyarakat Kerajaan Alam Melayu
2024/01/23
Rancangan ini menerangkan tentang keunikan warisan kerajaan Alam Melayu yang mempunyai berbagai latarbelakang kepercayaan.
SEJARAH TINGKATAN 3 - Pentadbiran Barat Di Sarawak
2024/01/23
Rancangan ini mengisahkan pelbagai strategi digunakan oleh Dinasti Brooke untuk menguasai Sarawak. Peluasan kuasa barat di Sarawak berlaku secara beransur-ansur. Pentadbiran cara barat diperkenalkan turut digabungkan bersama-sama pentadbiran tempatan.

Podcast reviews

Read Audio Pendidikan podcast reviews


0 out of 5
0 reviews

Podcast sponsorship advertising

Start advertising on Audio Pendidikan relevant audience podcasts


What do you want to promote?