
Advertise on podcast: Sehirup Erti
This podcast has
18 episodes
Language
MalayPublisher
Kalam KehidupanExplicit
No
Date created
2021/01/26
Latest episode
2023/12/26
Average duration
76 min.
Release period
97 days
Description
"Mencari Makna di Balik Tirai Kehidupan"
Unlock Sehirup Erti podcast Email contact info,
Listeners & Audience details
Email contact information
Direct podcast contact details

Listeners
Audience numbers & engagement insights

Audience details
Podcast Insights

Podcast episodes
Check latest episodes from Sehirup Erti podcast
Imperialisme Intelektual, Bedah Filem Abang Adik & Maryam Pagi ke Malam (Siri #SembuhDenganFilem 02)
2023/12/26
Kali ini kami borak di luar, secara berhadapan. Mencuba suasana baru, jadi mohon maaf andai ada gangguan bunyi latar.
Fokus kali ini adalah refleksi kami berdua berkenaan rehlah santai kami seharian pada hari Sabtu lalu menghadiri wacana dan juga menonton filem bersama.
1. Pelancaran Buku "Imperialisme Intelektual" karya Syed Hussein Alatas
2. Review Filem "Abang Adik" dan "Maryam Pagi ke Malam"
Selamat mendengar, semoga bermanfaat.
Lepas SPM : Persimpangan Tanpa Tanda
2023/06/22
Kita dijamu dengan pelbagai data dan statistik sejak kebelakangan ini tentang pelajar-pelajar lepasan SPM yang cenderung untuk tidak menyambung pengajian ke pendidikan tinggi atas berbagai sebab dan faktor. Khususnya sejak pandemik, angka itu semakin bertambah dan bertambah.
Sudah ramai penganalisis, pempengaruh dan pihak yang memberi pandangan dan pendirian masing-masing terhadap isu ini.
Namun, ketika banyaknya persoalan-persoalan yang timbul, ada segelintir pihak yang mengundurkan langkah mereka ke belakang, memilih untuk berfikir masak sebelum memuntahkan opini ke ruang awam. Dua mamat muda yang masih di bangku pengajian sarjana muda ini, cuba mencari persoalan akar di sebalik "permasalahan" lepasan SPM ini. Mereka juga tergolong dalam generasi baru hasil dari kilang-kilang sistem pendidikan tanah air.
Di dalam menjawab persoalan, "jika diberi pilihan kepada lepasan SPM,sama ada untuk meneruskan pengajian atau terus ke medan bekerja",
kata mereka, "mungkin selama ini kita bertanya soalan yang salah (atau setidak-tidaknya kurang tepat)?"
Dan jika mereka berpandangan sedemikian, maka apakah persoalan yang betul? Apakah mereka hanya berbual di awang-awangan, atau sebenarnya ada perspektif berbeza yang mereka berusaha untuk ketengahkan?
Jemput layan podcast dua mamat poyo di podcast #sehiruperti ini.
Semoga ada manfaatnya. Jika tidak ada, boleh Keluar Sekejap. ;)
Siri #SembuhDenganFilem 01 - Imaginur, The Menu & Saranan Lain
2023/04/21
Episod kali ini adalah siri pertama bagi segmen #SembuhDenganFilem.
Kami berbicara soal filem-filem yang telah kami tonton dan tekuni. Di dalam episod ini, kami berkongsi sisi pandang kami masing-masing tentang filem Imaginur, The Menu dan juga beberapa filem-filem lain yang turut kami bualkan.
Ada beberapa persoalan dibangkitan terkait dengan budaya menonton dan membedah filem dalam kalangan masyarakat. Di era digital yang memuntahkan kandungan-kandungan tanpa batas, sejauh mana kita bersikap kritis dan analitik terhadapnya? Apakah content (khususnya filem) telah berjaya memberdayakan kita, atau ia hanya sebatas hiburan dan escapism?
Merenung Zin Renung
2023/02/03
Episod kali ini kami ulas serba sedikit terkait dengan zin terbaru kami yang berjudul "Renung". Apa cerita di sebalik penerbitan zin kami, dan apa mesej utama yang hendak disampaikan kepada para pembaca?
Jika anda berminat untuk dapatkan naskhah zin Renung (edisi pertama), boleh hubungi kami melalui Whatsapp : +601110405264.
Jangan lupa "Like, Share & Follow" kami.
Semoga bermanfaat, terima kasih.
Menahan Diri Pasca PRU15
2023/02/03
Kembali ke episod pertama kami bagi tahun 2023. Sudah lama merencang nak berbual topik pilihanraya ni, sejak sebelum PRU15 lagi sudah pasang niat. Tapi, apakan daya, masa tidak menyebelahi hajat. Maka, kami gantikan refleksi pilihanraya tempoh hari ke tahun baru.
Antara persoalan yang sempat kami sentuh; (1) bagaimana pengalaman pertama mengundi?, (2) tanggapan pra pilihanraya, (3) perkaitan politik, budaya dan pendidikan dan (4) refleksi pasca pilihanraya.
Maafkan kami jika kualiti audio kurang memberangsangkan. InsyaAllah, akan cuba diperbaiki selepas ini. Semoga bermanfaat.
Jangan lupa "Like, Share & Follow" kami.
Masturbasi Informasi, Konsumerisme & Surah al-Hujurat
2022/10/30
Kali ini kita berbual soal fenomena kebanjiran maklumat yang menghantui setiap dari kita yang hidup di era digital dan konsumerisme informasi tanpa batas.
Pengalaman Berjinak-jinak dengan Ilmu Baitul Maqdis (ft. Aizat Hilmi)
2022/10/28
Dalam episod kali ini, ia merupakan sesi pertama di dalam siri #naratifbarualaqsa yang akan memfokuskan kepada perbincangan yang berkait dengan Palestin, atau lebih tepatnya Baitul Maqdis yang sebenarnya terdapat banyak lagi sisi-sisi dan fakta-fakta tentangnya yang belum kita ketahui.
Perbualan kami berdua bermula dengan perkongsian pengalaman kami bersama setelah mengikuti sebuah program intensif pengajian ilmu Baitul Maqdis yang berkonsepkan "Training of Trainees" atau ringkasnya, TOT yang dianjurkan oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO), HALUAN. Sepanjang TOT tersebut kami diprogramkan bagi mendalami dan meneliti wacana-wacana baru dan mendasar berkaitan Baitul Maqdis dengan panduan dan kendalian secara langsung oleh Prof. Dr. Abd Al-Fattah El-Awaisi, seorang intelektual Perhubungan Antarabangsa berdarah Arab Palestin yang aktif dalam advokasi dan pendidikan Baitul Maqdis (atau juga dikenali dengan istilah "IslamicJerusalem Studies").
Intipati dasar yang kami perolehi daripada intensif tersebut turut kami kongsikan untuk manfaat kita semua bersama. Moga bermanfaat!
Mohon kongsikan podcast kami dan jangan lupa untuk ikuti channel podcast kami di Spotify.
Pesta Buku, Mat Kilau, Seni & Ideologi
2022/07/13
Sekian lama menyepi oleh kerana kami berdua acah-acah busy.
Kami kembali untuk bergebang mengenai PBAKL2022 yang lalu, kemudian mengulas pengalaman menonton filem Mat Kilau tempoh hari.
Sekali-sekala berpodcast kena santai juga, bersembang berkenaan isu yang dibualkan orang lain juga. Stereotype, pun stereotyplah. Tak salah nak menyumbang pandangan dan kritikan pada hal-hal yang dirasakan wajar.
Selamat mendengar. Terima kasih kerana setia mendengar celoteh kami yang tak pernah tersusun ni. Dari ratusan ribu pilihan podcast yang ada, anda memilih kami. Terima kasih!
Berbicara Tentang Fiksyen
2022/01/28
Episod kali ini kami bergebang tentang fiksyen. Jom 'buang masa' dengan kami menjelajah persoalan-persoalan berkait dengan dunia fiksyen dan peranannya di dalam kehidupan.
Sila Like, Share dan Subscribe jika anda meminati konten-konten daripada kami. Boleh juga dengarkan siri podcast kami di channel Youtube kami : https://youtu.be/5L5uDTHN-mQ
Berkongsi Bacaan Sepanjang 2021
2022/01/20
Episod kali ini kami berbual berkenaan bacaan-bacaan kami sepanjang tahun 2021. Antara judul-judul buku yang tersenarai di dalam perbualan kami adalah :
1. Persoalan Nasional oleh Hishammudin Rais
2. Dr Burhanuddin al-Helmy oleh Ahmad Boestamam
3. Salina oleh A Samad Said
4. Cinta Hari-Hari Rusuhan oleh Faisal Tehrani
5. Daerah Zeni oleh A Samad Said
6. Kombo Yang Hilang - Seni Berfikir & Erti Beragama karya Hasrizal Abdul Jamil
7. Kombo LGBT - Antologi Kisah Orang Kita & Novel Stigma karya Muharikah
8. Islam & Sosialisme karya Syed Hussein alAtas
9. Guru Aini karya Andrea Hirata
10. Generasi Kedua Politikal Islam: Wacana Baru Gerakan Islam sususan Dr. Maszlee Malik dan Dr. Zulkifli Hasan
Sila Like, Share dan Subscribe jika anda meminati konten-konten daripada kami.
Boleh juga dengarkan siri podcast kami di channel Youtube kami : https://youtu.be/5L5uDTHN-mQ
Resensi Berfikir Tentang Pemikiran karya Syed Ahmad Fathi
2021/11/15
Episod kali ini kami mengupas sedikit sebanyak apa yang menarik dari sebuah buku bertajuk "Berfikir Tentang Pemikiran" karya Syed Ahmad Fathi. Sila Like, Share dan Subscribe jika anda meminati konten-konten daripada kami.
Boleh juga dengarkan siri podcast kami di channel Youtube kami : https://youtu.be/5L5uDTHN-mQ
Langkah Untuk Mula Membaca (2)
2021/01/29
Buku dan Membaca
Podcast reviews
Read Sehirup Erti podcast reviews
Podcast sponsorship advertising
Start advertising on Sehirup Erti relevant audience podcasts
You may also like to advertise on these Podcasts

4.4371061566
The Megyn Kelly Show
SiriusXM

4.888901269
Fearless with Jason Whitlock
Blaze Podcast Network

4.8118931000
Mind Pump: Raw Fitness Truth
Sal Di Stefano, Adam Schafer, Justin Andrews, Doug Egge

4.8102131585
Tara Brach
Tara Brach

4.541561215
Something You Should Know
Mike Carruthers | OmniCast Media

4.513841343
Strictly Anonymous Confessions
Kathy Kay

4.8292781897
Fantasy Footballers - Fantasy Football Podcast
Fantasy Football

4.62382612
Football Weekly
The Guardian

4.45387666
Two Judgey Girls
Two Judgey Girls

3.8258501152
The Viall Files
Nick Viall