
Advertise on podcast: Borak Pom Pam
This podcast has
25 episodes
Language
EnglishPublisher
Mohd Fahmi YusofExplicit
No
Date created
2021/02/09
Latest episode
2021/09/20
Average duration
39 min.
Release period
16 days
Description
Selamat datang ke Podcast Santai dari aku, MFY dan Cikgu Faris. Podcast yang akan membicarakan apa sahaja yang berlaku di tanah Malaysia bumi bertuah ini. Apapun, biar pom pam tapi berisi dan berilmu. Disclaimer: Sebarang tutur kata dan suara yang keluar daripada Borak Pom Pam adalah pandangan dan ilham daripada empunya suara, tidak mempunyai kaitan sama sekali dengan Pod Bean, Spotify, Apple Podcast atau mana-mana penyiar podcast terlibat, hanya bertujuan sebagai medium berkongsi maklumat, membuka minda, dan hiburan, bukan memiliki agenda tertentu atau bertujuan secara profesional.
Unlock Borak Pom Pam podcast Email contact info,
Listeners & Audience details
Email contact information
Direct podcast contact details

Listeners
Audience numbers & engagement insights

Audience details
Podcast Insights

Podcast episodes
Check latest episodes from Borak Pom Pam podcast
EPISOD 25 - APA CITER SOP LANGKAWI?
2021/09/20
Salam Pom Pam Semua!
Podcast Duo Borak Pom Pam kembali dan Episod 25 kali ini membicarakan Gelembung Pelancongan Langkawi yang dilancarkan Kementerian Pelancongan sebagai projek perintis untuk dikembangkan ke lokasi pelancongan lain. Namun, seperti biasa mendapat dwi kritikan daripada netizen, ada yang menyokong, malah tidak lupa juga mengecam dan tidak bersetuju. Apa pandangan anda dengan Gelembung Pelancongan Langkawi?
Segmen kedua pom pam kita kupas pulak Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Kerajaan dan Pembangkang. Ada 'perjanjian bawah meja' ke selain MoU depan kamera? Adakah ia terus menjamin kestabilan politik di negara ini? Atau tidak menjamin jangka hayat Ismail Sabri Yaakob sebagai PM ke-9?
Apa yang kami pom pamkan? Meh la dengar Episod 25!!
#Borakpompam #Episod25 #SOPLangkawi
EPISOD 24 - KENAPA 779 CIKGU TAK NAK VAKSIN?
2021/08/23
Salam Pom Pam Semua!
Episod 24 Podcast Duo Borak Pom Pam kembali dan kali ini membicarakan kisah 779 cikgu kat Johor yang tak mahu divaksinasi dan telah dipanggil Tunku Mahkota Johor untuk menghadap pada Jumaat nanti.
Ada juga terselit sikit kupas pasal PM9 yang baru angkat sumpah dan situasi perjalanan politik Malaysia...
Apa yang kami pom pamkan? Meh la dengar Episod 24!!
#Borakpompam #Episod24 #TakNakVaksin
EPISOD 23 - 'REVOKE' PUNYA PASAL 2.0!
2021/07/30
Salam semua, jom dengar Borak Pom Pam Episod 23... sambungan daripada Episod sebelumnya... 'Revoke' Punya Pasal.
Dalam versi 2.0 ni MFY dan Cikgu Faris nak pompamkan pasal Kenyataan Media Istana Negara dan Kenyataan Balas Pejabat Perdana Menteri (PMO) berhubung isu Pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat yang menjadi Krisis Perlembagaan membabitkan Kerajaan dan Yang di-Pertuan Agong.
Kami bedah dua2 kenyataan media ini dan melontarkan pandangan masing-masing, tapi anda punya pandangan juga. Silakan komen jika anda punyai pandangan berbeza.
#Episod23 #BorakPomPam #PerlembagaanPersekutuan
EPISOD 22 -'REVOKE' PUNYA PASAL!
2021/07/28
Episod 22 kali ni, MFY ngan Cikgu Faris nak pom pam jugak pasal 'revoke' Ordinan Darurat yang kecoh dalam Mesyuarat Khas Dewan Rakyat kelmarin. Memang bagus Darurat batal, tapi apa implikasi Menteri Undang-undang bila tetiba dia 'announce' dah 'revoke' Ordinan Darurat? Apa prosedur betul nak 'revoke' ordinan ni? Meh dengar MFY ngan Cikgu Faris pom pam!
#BorakPomPam #Episod22 #RevokePunyaPasal #DewanRakyat
EPISOD 21 - MAHIADDIN, UMNO & 9,180
2021/07/10
Podcast Duo Borak Pom Pam kali ini MFY & Cikgu Faris pompamkan pasal keadaan terkini Kerajaan Mahiaddin, keputusan UMNO nak tarik sokongan terhadap Mahiaddin dan akhirnya kes Covid-19 terus kekal mencanak sehingga 9,180, tertinggi pernah direkodkan Malaysia.
Panjang lebar kami borak dan kupas, sediakan minda yang bebas dan berfikiran kritis sebelum dengar bagi mengelak anda menggelupor kemarahan.
#BorakPomPam #Episod21 #MahiaddinUmno9,180
EPISOD 20 - MAGERAN & 16 Haribulan
2021/06/14
Episod 20 kali ini Podcast Duo Borak Pom Pam bersama MFY dan Cikgu Faris akan berceloteh dan membicarakan sembah menghadap pemimpin-pemimpin parti politik negara kepada Yang di-Petuan Agong sejak minggu lalu dan hari ini. Apa yang menjadi topik hangat susulan persitiwa sembah menghadap adalah cadangan mewujudkan MAGERAN atau Majlis Gerakan Negara yang menyebabkan ramai politikus 'menggelupor' ulas dan keluarkan kenyataan.
Apa pun keputusannya 16 haribulan Jun nanti akan diadakan Mesyuarat Khas Majlis Raja-raja yang akan bersidang dan selepas itu kita tahu apa keputusan Majlis Raja-raja... Darurat diteruskan, MAGERAN atau sesuatu yang besar akan berubah dalam landskap politik negara... semuanya terjawab 16 haribulan nanti...
Jom pom pam bersama MFY dan Cikgu Faris jam 10 malam ini di Podcast Duo Borak Pom Pam! Biar pom pam asalkan berilmu.
#BorakPomPam #Episod20 #Mageran #PolitikMalaysia
EPISOD 19 - SAYA DAH TUTUP PINTU DEPAN TAPI...
2021/06/04
Hari ini MFY dan Cikgu Faris mengulas isu catatan dimuat naik Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri tempoh hari yang mendapat reaksi luar biasa warganet dan netizenssss hanya dalam beberapa minit dimuat naik...
Sehinggakan turut menjadi topik dalam laporan berita kat Malaysia, dek kerana gambar beliau sedang menutup pintu pejabat sambil disertakan dengan catatat "SAYA DAH TUTUP PINTU DEPAN TAPI......................................... (Emoticon Menangis)...
Apakah yang dimaksudkan Pak Long dengan catatan Facebook sedemikian? Juga sedikit kupasan isu Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dan al-kisah vaksin ni.
Jom dengarkan dan pompam sekali kat Borak Pom Pam jam 10 malam ni!
Ini article pemanas otak hari ini yang berkait dengan topik dalam Episod 19 bolehlah 'sedut hint2' dulu ya:
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/06/03/selepas-hentak-meja-dan-tuding-jadi-menteri-digesa-rapat-saf/
#borakpompam #episod19 #sayadahtutuppintudepantapi #paklong
EPISOD 18 - Probok 'Scheme of Things' GLC
2021/05/28
Episod 18 kali ini Podcast Duo Borak Pom Pam mengulas isu yang menggegarkan Malaysia sehari dua ni mengenai Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman yang dipecat serta-merta sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana). Pemecatan dibuat selepas beberapa hari tular video beliau mengendalikan sidang media berkait insiden perlanggaran LRT baru-baru ini.
MFY dan Cikgu Faris bukan kupas pasal 'Si Probok' ni je, tapi turut mempompamkan keseluhan situasi lantikan politik di bawah 'Scheme of Things' yang diamalkan... bagaimana prestasi mereka dan boleh atau tidak ahli politik dilantik sebagai Pengerusi GLC ni???
Sebagai pemanas otak, baca sikit laporan berita ni:
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/05/28/kenapa-hanya-tajuddin-pecat-semua-yang-tak-berprestasi-kata-penganalisis/
#Borakpompam #Episod18 #Schemeofthings #Probok
EPISOD 17 - PALESTIN-ISRAEL, PBB & MALAYSIA
2021/05/25
Podcast Duo Borak Pom Pam kembali setelah sekian lama tidak ke udara dan Episod 17 kali ini aku, MFY dan Cikgu Faris nak pom pam kan isu konflik Palestin-Israel...
Korang boleh dengar juga ada bunyi 'serangan ceasefire' dilepaskan ketika rakaman podcast ni dibuat, seolah-olah disabotaj oleh Rejim Zionis hahaha...
Memang berat sikitlah isu ni tapi kita perlu la juga tahu serba sedikit supaya takdelah 'mcm katak bawah tempurung' kan... Kami kupas isu ini dalam tiga bahagian iaitu:
i. Latar Belakang Palestin dan Israel itu sendiri dalam konteks sejarah dan konflik bermula sejak bila?
ii. Dalam konteks PBB, apa fungsi, apa yang diaorang dah tolong dan apa 5P dalam PBB?
iii. Dalam konteks Malaysia sendiri, apa pendirian Malaysia selepas ini?
Nak tau apa MFY dan Cikgu Faris pom pamkan, jom dengarkan kami dalam Episod 17 kali ini!
* Aku sertakan juga link laporan mengenai sejarah Amerika Syarikat sebagai 5P dalam PBB menolak beberapa kali resolusi dibuat terhadap Israel laknatullah. Baca dulu sebelum dengar pun bagus untuk konteks pemahaman lebih luas.
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/05/21/sejarah-as-tolak-resolusi-pbb-terhadap-israel/
#BorakPomPam #Episod17 #FreePalestine
EPISOD 16 - Gurau Rogol, Racist, #DengkiKe ?
2021/04/29
Episod 16 edisi Pom Pam Moreh sempena bulan Ramadan ni pulun beberapa isu yang berlaku di Malaysia sepanjang dua minggu ke belakang... Maklumlah, Podcast Duo Borak Pom Pam hampir 2 minggu sunyi tidak ke udara, sepuluh jari dihulur buat semua pendengar setia Borak Pom Pam.
Kali ni MFY dan Cikgu Faris kembali pulun beberapa isu antaranya itulah yang kat tajuk tu... nak tau apa kami berdiskusi, jom dengarkan!
p/s - Selain aplikasi PodBean, Borak Pom Pam juga boleh dicapai di beberapa platform lain seperti Spotify, Apple Podcast dan Google Podcast
#BorakPomPam #Episod16 #SalamRamadan
Podcast reviews
Read Borak Pom Pam podcast reviews
Podcast sponsorship advertising
Start advertising on Borak Pom Pam relevant audience podcasts
You may also like to advertise on these Podcasts

4.915988
Create Something Awesome Today
Roberto Blake

4.717793
Riffing With Clintus
Clintus

5937
Harry and Paul’s House Party
Harry Clark and Paul Gorton

4.959217
The Finish More Music Podcast
Keith Mills

4.925056
Hail Reaper: A Red Rising Podcast
Deepgrave Studios

4.918964
The Eileen Marx Podcast
Eileen Marx

519558
A Conduit’s Diary
A Conduit's Diary

4.3148150
Nursing Uncensored
Adrianne Behning

4.817371
UnCommon Law
Bloomberg Industry Group

4.820364
Bossy Bruja Podcast
Bossy Bruja Podcast