Hikmah

Advertise on podcast: Hikmah

This podcast has
26 episodes
Language
Publisher
Explicit
No
Date created
2021/06/23
Latest episode
2022/05/20
Average duration
19 min.
Release period
36 days

Description

'Hikmah', sebuah lagi podcast Bahasa Melayu dengan kandungan berunsur keagamaan dan spiritual, kali ini membawa para pendengar menyusuri musim ketiga.

Unlock Hikmah podcast Email contact info,
Listeners & Audience details

Email contact information

Direct podcast contact details

Listeners

Audience numbers & engagement insights

Audience details

Podcast Insights

Podcast episodes

Check latest episodes from Hikmah podcast


Dendam Kesumat | Hikmah Musim ke-3 EP8
2022/05/20
"Sejarah hidup Asyikin tidak sama dengan adik-beradik lain, kerana semasa kecil, ibu dan ayah menyerahkannya ke bawah jagaan ibu saudara. Lalu Asyikin mendewasa dalam lautan dendam. Dendam kerana tidak dipelihara ibu bapa kandung. Malah dendam kerana tidak menikmati belaian dan kasih sayang yang sama. Silaturrahim yang renggang, mampukah bertaut kembali? Atau terputuskah ia hingga kiamat - kerana benci dan sakit hati? "
more
Perempuan Ular | Hikmah Musim ke-3 EP7
2022/05/06
Apakah perasaannya jika kita hidup bergelumang dengan memori pahit, kerana sepanjang alam persekolahan dipanggil 'Ketua Murid Beruk'? Malah ibu kita digelar 'Perempuan Ular'? Inilah yang dihadapi Nur Izzati, anak kepada seorang wanita yang bekerja sebagai pembersih Zoo Negeri. Status kerjaya Izzati tinggi melangit. Namun, sanggupkah dia mengaku asal-usul? Atau tergamakkah dia memadam sejarah bersama si ibu?
more
Masa Yang Dipinjam | Hikmah Musim ke-3 EP6
2022/04/29
Mardhiah, seorang gadis bercita-cita tinggi. Dengan sokongan keluarga, dia berjaya melanjutkan pengajian ke Negara Matahari Terbit. Perpisahan sementara itu meruntun jiwa ibunya. Namun, tidak banyak diminta si ibu - melainkan janji Mardhiah untuk menulis surat atau poskad kepadanya selalu. Namun kerana taasub dengan perlumbaan menuntut ilmu, Mardhiah tidak mahu diganggu, lantas dia mengenepikan si ibu. Sempatkah Mardhiah membayar semula hutang masa yang telah dipinjamkan kepadanya?
more
Dua Ibu Dalam Kalbu | Hikmah Musim ke-3 EP5
2022/04/22
Jessica Lee Swee Lyn, diusir keluar dari rumah kerana menghamilkan anak asmara. Lalu dia menyerahkan anak luar nikahnya - Jesslyn - kepada seorang gadis Melayu bernama Adila. Konflik bermula apabila si anak mendewasa lalu bertekad mencari ibu kandung. Namun, hati si ibu yang telah membesarkannya semenjak kecil, terluka kerana dituduh mementingkan diri sendiri. Dapatkah Jesslyn aka Haleeda mencari ibu sedarah sedaging? Tertebuskah dosanya kepada si ibu angkat?
more
Hujan Di Hati Emak | Hikmah Musim ke-3 EP4
2022/04/15
Ketika Kartini binti Haji Samsuddin, seorang Pengurus Pemasaran yang amat komited pada kerjaya, mengambil keputusan untuk menangguhkan ziarahnya ke kampung kerana urusan kerja, dia tidak tahu bahawa itu mungkin kesempatan terakhir untuk dia mendampingi si ibu. Setelah berbulan tidak bertemu, ibunya yang sakit rindu, dikhabarkan positif Covid-19. Sempatkah Kartini pulang memeluk kaki si ibu, memohon maaf atas dosa-dosa yang lalu?
more
Sakit Sebelum Ke Syurga | Hikmah Musim ke-3 EP3
2022/04/08
Jika seorang ibu mampu menjaga anak-anak yang ramai, yang bergerabak seperti keretapi, mampukah 10 anak menjaga dan mengurus si ibu itu apabila dia tua nanti? Sepuluh adik-beradik berstatus hebat, berpelajaran tinggi; diuji Allah apabila terpaksa menjaga si ibu yang disahkan kanser payu dara tahap 4. Namun ibu malang itu berpindah dari satu tangan ke satu tangan yang lain kerana tiada anak sanggup menjaga. Ke manakah empati anak sewaktu dia di hujung nyawa?
more
Telunjuk Isteri | Hikmah Musim ke-3 EP2
2022/04/01
Apabila Azman menawar diri untuk menikahi kawan baiknya, Sarina, dia mengambil tanggungjawab untuk menerima anak asmara Sarina dengan ikhlas. Perkahwinan mereka baik-baik saja sehinggalah Sarina mulai menjadi duri dalam daging. Kerana telunjuk isteri, secara tidak sedar, Azman mengabaikan ibunya. Siapa yang akhirnya Azman pilih - Sarina yang dicintai atau syurga di bawah tapak kaki ibunya?
more
Seringgit Untuk Emak | Hikmah Musim ke-3 EP1
2022/03/25
Keikhlasan seorang anak kadangkala diuji dengan cara yang paling aneh dan misteri. Zaida, seorang wanita terpelajar, dibesarkan oleh seorang ibu tunggal yang sanggup bergolok-gadai demi memberi pendidikan terbaik buatnya. Namun kerana seringgit, Zaida menjadi manusia kikir lagi bakhil, sehinggalah suatu hari dia menerima pembalasan dahsyat yang paling tidak diduga.
more
Kekasih Hari Senja | Hikmah Musim ke-2 EP8
2021/05/06
Konflik antara menantu wanita dengan ibu mertua memang selalu berlaku. Kerana yang selalu terjadi, para menantu terlupa, bahawa tanggungjawab menjaga mertua adalah sama dengan tanggungjawab menjaga ibu dan ayah kandung mereka sendiri. Namun, apabila seorang wanita dementia ditakdirkan hadir untuk menguji kasih sayang anak-anak dan menantunya, mampukah mereka menanganinya - dengan ikhlas, reda dan sabar?
more
Sebelum Mataku Terkatup | Hikmah Musim ke-2 EP7
2021/05/03
Raja Ratnasari, wanita besi dalam industri pengiklanan, diuji apabila kesihatannya yang sempurna selama ini - direnggut secara tiba-tiba. Apatah lagi, dia menghamilkan anak luar nikah. Maka kerana itu layanan manis keluarga mertua dan ipar-duai berubah menjadi racun berbisa. Sang suami didesak agar menceraikannya. Apakah wanita ini sempat menebus kesilapan sebelum matanya terkatup?
more
Dendam Seorang Isteri | Hikmah Musim ke-2 EP6
2021/04/29
Kehidupan senang-lenang dan serba berkecukupan - itulah saja yang menjadi faktor pendorong seorang isteri muda bercita-cita tinggi. Dia terpaksa akur dengan jodoh yang telah diatur oleh keluarga. Namun, segala perilaku suami terlihat buruk di matanya, bahkan mendatangkan benci dalam perasaannya. Sehinggalah suatu hari, terjadi peristiwa yang mengubah persepsi hodohnya terhadap si suami yang dia zalimi.
more
Degup-degup Amarah | Hikmah Musim ke-2 EP5
2021/04/26
Amarah, adalah sekutu syaitan. Ia musuh dalam diam yang sentiasa mahu memusnahkan umat manusia semenjak dahulu lagi. Dan yang terjadi kali ini adalah kisah seorang anak kecil yang tidak berdosa, yang termusnah masa depannya akibat amarah si ayah yang gagal dibendung oleh akal fikiran yang waras.
more

Podcast reviews

Read Hikmah podcast reviews


0 out of 5
0 reviews

Podcast sponsorship advertising

Start advertising on Hikmah & sponsor relevant audience podcasts


What do you want to promote?

Ad Format

Campaign Budget

Business Details