1575837951
Legasi

Advertise on podcast: Legasi

This podcast has
11 episodes
Language
Malay
Publisher
HijrahEd
Explicit
No
Date created
2021/07/09
Latest episode
2021/07/23
Average duration
13 min.
Release period
2 days

Description

Di titik paling bawah, titik kemustahilan dalam lanskap pancaroba kehidupan, agama satu-satunya yang dapat merubah kisah derita menjadi legasi inspirasi. Bercermin pada legasi teragong dalam sejarah kemanusiaan, kita belajar memaknai ujian & harapan, bagaimana memilih building-blocks kehidupan serta mewarisi pesan praktikal untuk dilazimi sebagai tunjang kekuatan. Secara teliti, kita jejaki semua ini dalam suasana intim lagi sakral, lewat pertemuan kali pertama antara Rasulullah dengan father-figurenya Ibrahim as di langit ketujuh. Selamat mendengar, menganyam harapan dan membina legasi impian.

Unlock Legasi podcast Email contact info,
Listeners & Audience details

Email contact information

Direct podcast contact details

Listeners

Audience numbers & engagement insights

Audience details

Podcast Insights

Podcast episodes

Check latest episodes from Legasi podcast


Solat identiti kita | Legasi
2021/07/23
Legasi terbesar yang diwariskan oleh Nabi Ibrahim AS dan Nabi Muhammad SAW ialah solat. Solat yang memberikan kerehatan batin, mencegah diri daripada perkara keji dan mungkar. Solat adalah titik mula sebuah perubahan.
Tenang dalam ribut | Legasi
2021/07/22
Lafaz-lafaz zikir yang dipesankan oleh Nabi Ibrahim AS membawa ketenangan di dalam mengharungi ribut kehidupan di dunia. Membawa kenikmatan abadi di dalam syugra, berupa pohon-pohon subur yang rendang.
Syurga, rumah kerehatan abadi | Legasi
2021/07/20
Allah SWT menyiapkan bagi hamba-hambaNya yang soleh kenikmatan syurga. Nikmat yang tidak pernah dilihat mata. Nikmat yang tidak pernah didengar oleh telinga. Nikmat yang tidak pernah terlintas di dalam hati dan fikiran manusia. Semuanya tersedia untuk hambaNya yang soleh dan solehah.
Hari Arafah & Perkauman | Legasi
2021/07/19
Hari Arafah adalah hari terbaik sepanjang tahun. Sebaik-baik hari untuk berdoa. Para jemaah haji daripada pelbagai warna kulit, bahasa, keturunan dan etnik berhimpun di padang Arafah mengesakan Allah SWT, meraikan legasi Nabi Ibrahim AS. Tiada ikatan yang lebih kuat daripada ikatan kalimah tauhid, la ilaha illah yang menyatukan kita, umat Nabi Muhammad SAW.
3 hak anak yang perlu dipenuhi ibu bapa | Legasi
2021/07/16
Semua Nabi yang diutuskan selepas Nabi Ibrahim AS adalah daripada anak keturunannya, sehingga Baginda digelar sebagai Abul Anbiya’, Bapa Para Nabi. Penting untuk ditegaskan, kita sering bicara soal tanggungjawab anak-anak kepada ayah dan ibu, jangan derhaka kepada ayah dan ibu. Ya betul, soal menjaga akhlak dan hubungan dengan kedua orang tua ini amatlah penting. Malah tuntutan berbuat baik terhadap kedua ibu bapa adalah tuntutan terpenting selepas tuntutan menjaga hubungan dengan Allah SWT. Namun jangan kita lupa, ibu bapa juga mempunyai tanggung jawab terhadap anak. Ramai yang mengabaikan tanggungjawab dan menderhakai anak-anak mereka.
Hati yang mendapat petunjuk Tuhan | Legasi
2021/07/15
Melalui kesukaran dan ujian dalam hidup ini kebanyakkan masa buat kita rasa seolah-olah kita keseorangan. Terasa seperti tiada sesiapa yang betul-betul faham apa yang kita sedang rasa dan lalui, walaupun ramai yang mungkin berkata “aku faham apa yang kau rasa.” Tidak, kita tahu mereka tidak faham. Tetapi itu tidak berlaku kepada Allah. Allah maha mendengar dan mengetahui. Setiap keperitan atau halangan hidup yang sedang kita hadapi, Allah tahu perasaan kita, Allah tahu ketakutan kita, Allah janji akan memberikan petunjuk kepada hati kita semua menempuh gelora ujian hidup, hanya sahaja dengan satu syarat, mantapkan keimanan
Kenapa aku diuji? | Legasi
2021/07/14
Dunia adalah medan ujian. Mustahil di dunia ini ada orang yang tidak akan diuji. Ketika diuji, kita sering tertanya, “Kenapa aku? Apa salah aku? Aku tak buat jahat pada orang, kenapa berat sangat aku diuji?” Kita perlu sedar bahawa yang diuji itu adalah keimanan kita kepada Allah dalam pelbagai aspek. Allah nak tengok, siapa yang redha dan siapa yang marah kepada ketentuan dan ujian Allah SWT. Apabila Allah sayang, Allah uji. Semakin redha kita di atas ujian Allah, semakin besar pahala yang diraih diSisiNya.
Role-model sumber inspirasi dan kekuatan dalam hidup
2021/07/13
Role model merupakan salah satu building-blocks dalam membina kehidupan. Apabila kita melalui pelbagai fasa dalam hidup, waktu susah, waktu senang, waktu bingung, waktu keliru, kita secara fitrah akan mencari role model. Psychology disebalik mencari dan ikut role model itu, kita nak rasa boleh relate dengan dia, kita rasa kita ada persamaan dalam journey yang kita lalui. Hanya dua insan yang disebutkan sebagai Uswatun Hasanah di dalam Al Quran; mari telusuri sama-sama.
Pertemuan Istimewa Merawat Jiwa Nabi Yang Sedang Berduka | Legasi
2021/07/12
Di kala jiwa merasa duka, kita pasti dahagakan belaian and pujukan dari yang terpercaya. Tepat pada masanya, kehadiran sosok yang istimewa, terbukanya ruang dan momen khusus untuk mengadu serta berdampingan dengan seseorang yang mengerti masalah kita, merupakan antara nikmat dan sumber kekuatan yang tiada tolok-bandingnya dalam mendepani cabaran kehidupan.
Jalan ayah kita | Legasi - Siri Audio HijrahEd
2021/07/11
Di titik paling bawah, titik kemustahilan dalam lanskap pancaroba kehidupan, agama satu-satunya yang dapat merubah kisah derita menjadi legasi inspirasi.
Trailer - Legasi
2021/07/09
Mendengar dari Nabi Ibrahim, ada pesan-pesan agong yang dekat dengan jiwa dan khusus sebagai panduan kita semua bersama! Seperti Rasulullah, kita juga tidak hidup sezaman dengan Nabi Ibrahim. Namun, menghayati legasinya dan mendekati setiap momen serta kalimahnya pada pertemuan penuh barokah ini, kita akan dapat menemui kekuatan bagi meneruskan perjalanan. Bukankah ini yang kita semua cari? Dari siri ini, moga kita dapat merasakan apa yang Rasulullah SAW rasakan ketika beliau menyebut “Aku ternampak Nabi Ibrahim...dan akulah yang paling serupa dengannya.” Selamat datang ke siri audio terbaru HijrahEd : LEGASI

Podcast reviews

Read Legasi podcast reviews


0 out of 5
0 reviews

Podcast sponsorship advertising

Start advertising on Legasi relevant audience podcasts


What do you want to promote?