1674683994
Keluar Sekejap

Advertise on podcast: Keluar Sekejap

Rating
★★★★★
5
from
9 reviews
Categories
Country
United States
This podcast has
277 episodes
Date created
2023/02/28
Latest episode
2026/11/26
Average duration
59 min.
Release period
4 days

Description

Podcast Keluar Sekejap (KS) bersama Khairy Jamaluddin (KJ) dan Shahril Hamdan. Merapatkan jurang dalam perbincangan isu politik dan semasa dengan gaya lebih santai serta bahasa yang mudah difahami. For collaboration and sponsorship, contact [email protected]

Unlock Keluar Sekejap podcast Email contact info,
Listeners & Audience details

Email contact information

Direct podcast contact details

Listeners

Audience numbers & engagement insights

Audience details

Podcast Insights

Podcast episodes

Check latest episodes from Keluar Sekejap podcast


EP 33 #SembangKS | Selamat Hari Lelaki Sedunia.. Ini semua Dunyawi.
2026/11/26
Minit Lembaga Pengampunan Najib muncul kat Facebook — dan PM pun "baru maklum semalam". 📄👀 Episod 33 Sembang KS, dirakam dari pintu masuk konsert MLTR.MLTR ke MCR? Emo ke jiwang? Takpelah — yang penting, ini Sembang KS! 🎸⏱️ Timestamps00:00 Intro — MLTR atau MCR?01:04 Pantun pembukaan02:38 Minit Lembaga Pengampunan Najib05:10 Timbalan Speaker turun kerusi07:11 Berbalas pantun di Dewan Rakyat08:39 97 kilo syabu dalam pesawat TUDM10:54 Tikus Pasar Pudu12:35 ASEAN: Prabowo minta maaf15:41 PMX & Sanae Takaichi16:49 Kolam Bohol jadi pusat data?21:50 Tinjauan rasuah: 64% kata biasa23:43 Darlingsara & lelaki Melayu26:07 Deep Dive: Kesihatan Mental Lelaki30:18 Bersama En. Loh Chuan Tak47:09 Takziah A. Samad Said📌 Antara topik yang dibincangkan:📄 Minit Lembaga PengampunanTony Pua muat naik lima muka surat di Facebook, PM "baru maklum semalam". Kalau anda pun baru tahu — anda setaraf Perdana Menteri. See your level. 😂🪑 Kerusi & Pantun di Dewan RakyatTimbalan Speaker turun kerusi masuk perbahasan, macam umpire badminton terus pegang raket. Lepas tu gaduh pasal pantun pula. Parlimen ke, radio pujaan? 😅✈️ 97 Kilo Syabu Dalam Pesawat TUDM11 suspek termasuk lima pegawai TUDM, 96.64 kg syabu bernilai RM4.83 juta. Kredit kepada pemeriksaan rutin TUDM sendiri. Semua masih suspek.🐀 Tikus Pasar PuduAyam dah, taugeh dah — tinggal nasi dengan kicap. Kelakar, tapi seram. 🤔🌫️ ASEAN: Maaf Ala Bekas KekasihPrabowo minta maaf pasal jerebu — dan reaksi muka PMX dan Lawrence Wong cakap segalanya. Bonus: Sanae Takaichi buat PMX berseri-seri. 😂🏗️ Kolam Bohol Jadi Pusat Data?Kolam takungan banjir lebih RM70 juta belum handover, pemaju dah fikir pusat data sebab "kurang bising". Fungsi kolam tu macam mana?💸 64% Kata Rasuah Perkara BiasaTapi 60% kata tetap salah. Agensi penguatkuasaan paling teruk (48%), ahli politik nombor dua (42%) — dan tak minta kira semula.🧠 Deep Dive: Kesihatan Mental LelakiSempena Hari Lelaki Antarabangsa: 73.8% kes bunuh diri adalah lelaki — 3 daripada 4 (kajian forensik HCTM). Bersama En. Loh Chuan Tak, ahli farmasi komuniti yang berkongsi perjalanan beliau sendiri. Lelaki pun manusia.Akhirnya, persoalan terbesar bukan sekadar "Kenapa lelaki tak nak bercakap?"Tetapi:"Kita pernah ke bagi ruang untuk lelaki bercakap?"Kolam yang tak ada saluran keluar, akhirnya pecah. Manusia pun sama. 🌊💬 Komen: Bila kali terakhir anda tanya kawan lelaki, "Kau okay tak sebenarnya?" 😉🕊️ Takziah buat keluarga Allahyarham Sasterawan Negara A. Samad Said. Al-Fatihah.🔔 Subscribe Keluar Sekejap untuk episod Sembang KS setiap minggu🎙️ Hos: Zaidel Baharuddin · Bersama: Abol · Tetamu: En. Loh Chuan Tak📚 Sumber utama: Bernama, The Star, NST, The Vibes, RTM, Malay Mail, Utusan, BH, Harian Metro, MalaysiakiniSembang KS — kita sembang santai, tapi jangan sampai lupa kira-kira. 😎#SembangKS #KeluarSekejap #KesihatanMentalLelaki #Najib #TUDM #PasarPudu #Prabowo #KolamBohol #PusatData #Rasuah #ASamadSaid #PolitikMalaysia #BeritaMalaysia
EP 32 #SembangKS | Pejabat, Rumah dan Dewan
2026/11/21
Najib dah balik rumah — tapi rumah tu sekarang dah jadi penjara. 🏠🔒 Episod 32 Sembang KS, dirakam dari meja 13A kedai mamak paling dekat dengan rumah penulis kami.Kenapa mamak? Sebab skrip ni baru siap ditulis saat-saat akhir… dan rupa-rupanya ada orang ingat kedai mamak ni perpustakaan. 🤫 Jadi kali ni kami sembang perlahan sikit — tapi isunya tetap kuat.⏱️ Timestamps00:00 Intro — "Diam!!" dari meja 13A03:14 Kecil hati di Dewan Rakyat05:28 Tahanan rumah Najib Razak16:47 Anthony Loke: letak jawatan… atau belum?20:57 PRN Melaka: Sorotan Musim27:07 Jejantas SMK Bukit Rambai28:41 Fazley & Datuk Seri Vida31:42 Deep Dive: KLSCAH📌 Antara topik yang dibincangkan:💌 Kecil Hati Sebab Tak Dapat Kad Kahwin?Pusat data, harga barang, keadaan pusat kesihatan — dalam banyak-banyak isu, apa yang buat seorang menteri dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat kecil hati? Tak dapat jemputan ke majlis Bella Astillah dan Syed Saddiq. Padahal yang peruntukannya ditarik 4 tahun pun tak kecil hati. 😅🏠 Najib, RM50 Juta & Penjara Paling Selesa di MalaysiaPengampunan bersyarat, denda RM50 juta, tabung derma UMNO, surat pemindahan dengan dua arahan bercanggah — dan Malaysia yang tak ada akta tahanan rumah pun. Rumah di Jalan Langgak Duta diwartakan sebagai penjara (netizen dah tukar nama di Google lebih awal 😂). Lepas tu mohon rumah kedua pula? Go big AND go home.Tapi pada hari yang sama, seorang bapa di Kelantan dipenjara 6 bulan kerana mencuri makanan bernilai RM394. Majlis Peguam pula telah memfailkan semakan kehakiman — pendengaran pada 27 Mac 2027.🚆 Anthony Loke: Letak Jawatan… Belum… Dah… Belum?Peletakan jawatan berprinsip sebagai Menteri Pengangkutan — yang ikut jadual Najib balik rumah. Kini PMX kata keputusan belum muktamad. Drama "Jawatanku Belum Berakhir" dah masuk musim kedua. Man United boleh selesaikan isu pengurus dalam masa kurang 7 hari, kenapa kerajaan tak boleh? 🔴⚽ PRN Melaka: Sorotan MusimBN 21, PH 4, PN 3. Bersama Fayyadh dan Abol dari Lapangan Ghaib, kami sorot PRN Melaka macam sorotan liga — formasi baru BN–PN, Kasut Emas (majoriti 16,214!), Pemain Paling Meningkat (364 → 8,615 undi), derby keluarga di Bemban dan Merlimau, perarakan juara versi cuti khas negeri, YB Hulk yang nilai pasarannya jatuh lepas sain kelab baru, dan BERSAMA — paling rajin berkempen, 15 calon hilang deposit. Liga seterusnya? PRU16. 🏆🌉 Jejantas SMK Bukit Rambai — Betul Ke?Video ajak rakyat keluar mengundi… tapi dirakam atas jejantas? Kami ada soalan. Banyak soalan. 🤔💍 Fazley & Datuk Seri Vida: Lamaran 2,000 DroneLamaran di pentas konsert 11.11 di KLCC dengan hampir 2,000 drone. Lepas #BellaSaidYes, hashtag apa pula kali ni — Fazz and Furious: VIDA Drift? Apa-apa pun, tahniah daripada kami! 🎉🏛️ Deep Dive: KLSCAH — Kenapa Dewan Ini Wajar Dapat Diskaun?Diskaun premium tanah untuk Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor buat ramai marah. Tapi tahukah anda dewan ini lebih tua daripada Malaysia, tempat penubuhan MCA, tempat rundingan UMNO–MCA yang membawa kepada Perikatan, malah dewan perkahwinan Tun Abdullah Ahmad Badawi? Zaidel kongsi pendiriannya, dengan hujah — dan satu soalan yang lebih sukar untuk masyarakat Melayu sendiri.Akhirnya, persoalan terbesar bukan sekadar "Kenapa dia dapat?"Tetapi:"Kenapa kita tak bina sendiri?"Nenek moyang kita membina kerajaan, mengawal selat dan memandang jauh merentasi lautan. Budaya politik kita hari ini? Nak lepas sungai pun belum tentu. 🌊💬 Komen di bawah: Setuju tak dengan diskaun premium tanah untuk KLSCAH? Bawa hujah, bukan maki. 😉🔔 Subscribe Keluar Sekejap untuk episod Sembang KS setiap minggu🎙️ Hos: Zaidel Baharuddin🗳️ Pengulas politik: Syahmie Fayyadh Jaafar📍 Lapangan Ghaib: Abol📚 Sumber utama: Bernama, SPR, Malay Mail, The Edge, Utusan, FMT, Malaysiakini, Astro Awani, RTMSembang KS — kita sembang santai, tapi jangan sampai lupa kira-kira. 😎
EP219 | PRN Melaka 2026: Post-Match Analysis
2026/11/17
Episod 219 Keluar Sekejap membincangkan analisis keputusan PRN Melaka 2026 yang menyaksikan kemenangan besar blok BN-PN, manakala PH hanya memenangi empat kerusi. Apakah faktor di sebalik keputusan ini? Sejauh mana kerjasama BN-PN, pemindahan undi dan perubahan sentimen pengundi mempengaruhi keputusan? Kami turut mengupas prestasi DAP, PKR, BERSATU dan BERSAMA, serta implikasi keputusan ini terhadap politik nasional, Kerajaan MADANI dan percaturan menjelang PRN Sarawak serta PRU akan datang. Episod 219 Keluar Sekejap membincangkan analisis keputusan PRN Melaka 2026 yang menyaksikan kemenangan besar blok BN-PN, manakala PH hanya memenangi empat kerusi. Apakah faktor di sebalik keputusan ini? Sejauh mana kerjasama BN-PN, pemindahan undi dan perubahan sentimen pengundi mempengaruhi keputusan? Kami turut mengupas prestasi DAP, PKR, BERSATU dan BERSAMA, serta implikasi keputusan ini terhadap politik nasional, Kerajaan MADANI dan percaturan menjelang PRN Sarawak serta PRU akan datang. Terima kasih kepada GV Ride kerana menaja episod kali ini. GV Ride adalah perkhidmatan e-hailing tempatan yang menawarkan pilihan perjalanan yang mudah, selesa dan mampu milik. Muat turun aplikasi GV Ride dan gunakan kod promo KSWELCOMEV2 untuk menikmati tawaran istimewa. Kod promo: KSWELCOMEV2 Tarikh luput: 15 Jun 2027, 11:59:59 malam.
EP218 | Tahanan Rumah Najib, Skandal Jensen Huang, Hubungan Malaysia-Taiwan, Gibran Mundur
2026/11/13
Episod 218 Keluar Sekejap antaranya membincangkan beberapa isu hangat seperti keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memerintahkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menjalani baki hukuman penjara menerusi tahanan rumah berkuat kuasa serta-merta pada 10 November 2026, serta implikasinya terhadap PRN Melaka yang sedang berlangsung.Episod ini turut membincangkan kontroversi melibatkan CEO NVIDIA, Jensen Huang, susulan dakwaan hubungan sulit dengan individu yang dikaitkan sebagai perisik China serta seorang pekerja syarikat.Selain itu, episod ini mengulas hubungan Malaysia-Taiwan susulan kenyataan Perdana Menteri dalam wawancara bersama Al Jazeera, termasuk implikasinya terhadap hubungan diplomatik Malaysia dan China.Akhir sekali, perbincangan menyentuh isu Naib Presiden Indonesia, Gibran Rakabuming Raka, susulan kontroversi berkaitan kelayakan dan kesahihan sijil pendidikannya serta perkembangan politik yang menyusul.
Can Malaysia Win the AI Race Without Owning the Tech? | Live at MooFest 2026
2026/11/13
Recorded live at MooFest 2026, hosted by Moomoo Malaysia: https://start.moomoo.com/0IQ9jW Shahril Hamdan sits down with Dennis Jee, CEO of Moomoo Malaysia, and Woody Ang, Managing Director of Pemandu Capital, to unpack Malaysia’s place in the age of AI. Should Malaysia aim to own the technology, or win by building on top of it? The panel explores why the real opportunity may lie at the application layer, from the 1.2 million SMEs driving the economy to the data centre supply chain most investors overlook. Dennis walks the audience through how retail investors can use Moomoo's Investment Themes, Industry Chain and AI tools to look beyond the obvious names, while Woody explains why Pemandu Capital is betting on conventional "non-sexy" businesses that AI can supercharge. Shahril also shares how he uses a panel of AI agents to debate his portfolio every day, and why your own judgement should still carry the day. The conversation closes on careers: the skills young Malaysians need to thrive when AI is part of every job.Disclaimer: This video is for educational purposes only and does not constitute investment advice.
EP 31 #SembangKS | Tinju, Pilihanraya US dan Ruang Angkasa... Rasa Luar Biasa Seluas Angkasa
2026/11/12
🥊 Daripada kutipan RM50 juta dalam masa 49 hari, kepada suspek yang dikejar polis tetapi masih sempat bayar tol… nampaknya minggu ini kita bukan sahaja belajar tentang politik, malah tentang kepentingan menjadi pengguna lebuh raya yang bertanggungjawab. 😂Ada juga segmen KELUAR ANGKASA! Kali ini kita tinggalkan sekejap dunia politik untuk meneroka fakta-fakta menarik tentang angkasa lepas. Tapi bukan setakat planet dan bintang, kita turut menyentuh tentang penampakan UFO di Kuantan. Betul ke ada makhluk asing singgah di Pantai Timur, atau orang Kuantan sebenarnya nampak benda lain? 👽 Mungkin anda boleh melayan segmen ini dengan perisa Corntoz Ring terbaru, corn crush creamy ring, rasa luar biasa seluas angkasa.Tapi daripada semua drama ini, kita masuk pula ke topik utama: PILIHANRAYA US & AI BUBBLE.Macam mana keputusan pilihan raya pertengahan penggal di Amerika Syarikat boleh memberi kesan kepada industri AI dan pelaburan pusat data di Malaysia? Dan adakah kita sedang menyaksikan permulaan kepada gelembung AI yang bakal pecah?Dalam episod kali ni kita sembang:💰 RM50 Juta & Dana Politik — 49 hari, RM50 juta. Kalau sehari boleh kumpul sejuta, tak perlulah buat fun run lagi.🚐 Suspek Bayar Tol — dikejar polis dengan Nissan Vanette, tetapi Touch 'n Go tetap kena tap. Undang-undang jalan raya mesti dihormati!🎃 Zahirah MacWilson & Perayaan — apabila Halloween, Christmas dan Easter semuanya masuk dalam satu bakul.🥊 Lawyer Ang vs Superman Hew — daripada cabaran debat kepada pertarungan tinju. Siapa sangka politik boleh sampai ke gelanggang?🎬 Crazy Rich Asians Audition — Mandarin tak berapa lepas, Cantonese kita cuba. Yang penting yakin!👽 Keluar Angkasa — fakta-fakta angkasa lepas dan misteri penampakan UFO di Kuantan. Adakah kita benar-benar bersendirian di alam semesta?🇺🇸 Pilihanraya Pertengahan Penggal US 2026 — perubahan kuasa politik di Amerika dan kesannya terhadap Donald Trump, Elon Musk serta industri teknologi.🤖 AI Bubble & Pusat Data Malaysia — pelaburan berbilion dolar, Google, OpenAI, Anthropic dan persoalan sama ada ledakan AI ini benar-benar mampan atau sekadar gelembung yang menunggu masa untuk pecah.🔥 Dan paling penting… kalau pusat data makan elektrik, minum air dan akhirnya syarikat AI pula tak mampu bayar bil, siapa yang akan tanggung semuanya?Sebab mungkin masa depan AI memang cerah…Tapi kalau gelembung itu pecah, jangan sampai pusat data yang dibina berbilion ringgit akhirnya bertukar jadi gelanggang pickleball pula. 😂Dan kalau anda tertanya-tanya apa kaitan RM50 juta, Nissan Vanette, Superman, Crazy Rich Asians, UFO Kuantan, Pilihanraya US dan AI Bubble dalam satu episod…Jawapannya: inilah Sembang KS. Semua benda boleh masuk, asalkan ada cerita!Selamat menonton EP 31 #SembangKS | Tinju, Pilihanraya US dan Ruang Angkasa... Rasa Luar Biasa Seluas AngkasaJangan lupa **LIKE, COMMENT, SHARE & SUBSCRIBE!**
EP 30 #SembangKS | Musim Pilihanraya & Ikon Wanita Selangor
2026/11/06
Musim pilihan raya dah tiba! Pemain politik sibuk tukar jersi, kelab sibuk cari pemain, ada yang tarik diri saat akhir dan ada pula yang lawan bekas kelab sendiri. Kalau ikut keadaan PRN Melaka kali ni, rasanya ejen bola sepak pun boleh pening tengok senarai perpindahan calon.Dalam episod kali ini, kita bawakan liputan khas Political Transfer Window PRN Melaka. Siapa masuk kelab mana, siapa kena pinjam, siapa jadi free agent dan siapa pula yang tak sempat turun padang? Jangan risau, VAR kita kali ni Zaidel dan Fayyadh serta yang berada di lapangan membuat liputan secara langsung iaitu Abol.Selain itu, kita sembang juga tentang generasi strawberry yang mudah koyak, suami yang dimarahi kerana isteri beli barang online, rumah yang dah siap tetapi jalan masih belum ada, serta imam yang meletakkan jawatan sampai satu masjid tak dapat solat Jumaat.Dan paling penting, kita nak kenal dengan lebih dekat Ikon Wanita Selangor 2026/2027, Datuk Nurul Zahid. Dengan portfolio yang merangkumi komunikasi korporat, hotel, industri magnet, akademik dan ketenteraan.Daripada jendela perpindahan politik hinggalah ke anugerah ikon wanita, macam-macam cerita dalam episod kali ini.Tekan PLAY, duduk santai dan mari kita sembang. Jangan lupa LIKE, SUBSCRIBE dan tinggalkan komen. Kalau terasa, itu mungkin kebetulan.#SembangKS #Episod30 #MusimPilihanraya #PRNMelaka #IkonWanitaSelangor
EP217 | Kempen PRN Melaka, CSA Madani, US Midterms Elections, Israel & Brazil Elections
2026/11/05
Dalam Episod 217 Keluar Sekejap, Shahril Hamdan bersama YB Fadhli Saari membincangkan beberapa isu semasa, antaranya kempen PRN Melaka yang baru sahaja membuka tirai dengan 28 kerusi DUN dipertandingkan, serta realiti politik di sebalik gabungan BN dan PN, selain PH dan Bersatu.Episod ini turut mengulas tentang Confidence and Supply Agreement (CSA) yang ditandatangani minggu lalu oleh enam Ahli Parlimen Bersatu dan seorang wakil Muda bagi menyokong Kerajaan MADANI. Perjanjian ini membuka ruang kepada pemberian peruntukan kepada kawasan mereka serta sokongan terhadap beberapa agenda reformasi yang dijanjikan kerajaan.Di peringkat antarabangsa, episod ini membincangkan perkembangan pilihan raya Israel yang masih belum menemui penyelesaian jelas, kebangkitan Lula dalam politik Brazil, serta pilihan raya pertengahan penggal Amerika Syarikat yang menyaksikan kemenangan besar Demokrat.Jangan lepaskan Episod 217 Keluar Sekejap untuk kupasan lanjut mengenai perkembangan politik dalam dan luar negara.Ingin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar?Hubungi +6011-1919 1783 atau emel [email protected] EP21700:00 Intro6:45 Kempen PRN Melaka31:30 Bubar Parlimen43:19 CSA Madani1:04:42 Pilihan Raya Israel1:13:28 Pilihan Raya Brazil1:18:54 US Midterms Elections
EP13 #KenaSoal | MCA Merajuk?, MUDA Tak Bertanding PRN Melaka, Masa Depan Non-Bumis
2026/10/30
00:00:00 Pengenalan00:00:54 Bersama Neow Choo Seong00:14:39 MCA Merajuk?firhanfrdrzl: KS mohon ulas tentang isu gabungan BN-PN di MelakaX Akan kekal lama ke? Sebab tengok MCA macam gaduh dengan UMNO tentang kerusi.00:25:45 MUDA tak bertanding PRN Melakayusufkz: Soalan untuk Zaidel, kenapa MUDA tidak bertanding di Melaka? BERSAMA yang parti lebih baru dari MUDA pun bertanding. Macam mana orang nak yakin dengan MUDA kalau dilihat tidak serius untuk turut serta dalam Pilihan Raya?00:38:05 Masa Depan Non Bumisdamies._: apakah pendapat ks berkaitan masa depan non-bumis di Malaysiaezryazl: Apakah faktor utama ekonomi kaum Melayu tak kunjung berkembang. Tidak seperti Cina00:56:57 Reformasi organisasihadzrul_luqman: If we want to clean a full corrupted organization, where do it should start?01:12:39 Penutup
EP29 #SembangKS | Hala TuJu AI Bubble
2026/10/28
AI tengah meletup. Saham naik, pelaburan berbilion dolar, pusat data tumbuh macam cendawan lepas hujan. Semua orang nak masuk AI. Tapi persoalannya, kalau semua orang sibuk melabur dalam AI, siapa sebenarnya yang akan buat duit?Dalam Sembang KS Episod 29: Hala TuJu AI Bubble, kita menyelami dunia kecerdasan buatan yang semakin canggih, tetapi kewangan di belakangnya mungkin tak secantik gambar kita yang dah kena AI Glam.💸 **AI Bubble: Buih Teknologi atau Buih Hutang?**CoreWeave ada kontrak bernilai berbilion dolar, pelanggan gergasi dan sokongan Nvidia. Tapi sahamnya menjunam, kos hutang makin tinggi dan kerugian terus menghantui. Banyak sangat duit masuk AI, tapi bila masa nak balik modal? Jangan-jangan AI boleh jawab semua soalan, kecuali soalan akauntan: *“Mana untungnya?”*🗺️ **Waze Kena Halau, TuJu Pula Buat Kita Sesat**Kerajaan suruh penjawat awam tinggalkan Waze demi keselamatan data. Sebagai alternatif, muncul TuJu. Muat turun mencanak, pelayan tumbang, arahan jalan pula mengelirukan. Niatnya nak cari jalan ke destinasi, sekali terasa macam sedang menyertai pertandingan orienteering. Kalau lambat masuk pejabat, sekurang-kurangnya sekarang ada alasan berteknologi tinggi.🐟 **Subsidi Buat Rakyat Malas?**Ada yang kata kalau kerajaan bagi ikan, rakyat tak belajar menangkap ikan. Tapi kalau bantuan RM150 sebulan pun boleh menjadikan seseorang malas, maknanya produktiviti negara kita ni rapuh betul. Dalam masa yang sama, nelayan turun ke laut sebelum ayam berkokok pun masih perlu subsidi minyak. Jadi, siapa sebenarnya yang malas?🇫🇷 **Rakyat Perancis Dah Tak Sabar, Terus Jadi Ribut**Harga minyak dan makanan naik, rakyat turun beramai-ramai membantah. Kerajaan bagi sedikit kelegaan, tetapi kemarahan tetap membara. Rupanya rakyat ada satu had kesabaran. Bezanya, kita di Malaysia selalu tunggu angin berubah. Di Perancis, rakyat sendiri yang mengubah cuaca politik.🏍️ **Motor, Tilapia dan Saman Fitnah**Akmal Saleh melelong motosikal Honda X-ADV dan ikan tilapia untuk mengumpul dana bagi membayar ganti rugi. Masa orang lain jual aset sebab nak beli aset, ini jual aset untuk selesaikan saman. Siapa sangka ikan tilapia boleh menjadi instrumen kewangan? Warren Buffett pun mungkin nak buka kolam selepas ini.🤖 **Deep Dive: Hala Tuju AI Bubble**Adakah kita sedang menyaksikan revolusi teknologi terbesar dalam sejarah, atau gelembung pelaburan yang sedang menunggu masa untuk pecah? Daripada hutang CoreWeave dan cip Nvidia yang cepat ketinggalan zaman, hinggalah kepada pelaburan pusat data berbilion ringgit di Malaysia, kita kupas siapa yang mungkin untung dan siapa yang berisiko tinggal dengan bil elektrik serta bangunan kosong.Sebab satu perkara yang kita kena ingat: **AI mungkin bijak, tetapi pelabur belum tentu rasional.**Tonton sampai habis dan kongsikan pandangan korang di ruangan komen. Kalau gelembung AI ni pecah, adakah kita semua akan terkena tempiasnya, atau Malaysia sempat mengelak sebelum terlambat?Jangan lupa LIKE, SHARE dan SUBSCRIBE!#SembangKS #KeluarSekejap #AIBubble #CoreWeave #Nvidia #Waze #TuJu #Ekonomi #TeknologiAI
EP28 #SembangKS | Puting Beliung dan Tol
2026/10/25
Dalam Episod 28 Sembang KS, kami kembali membincangkan isu-isu semasa dengan gaya santai, jenaka dan analisis politik serta sosial yang mencuit hati. Dari kemelut takhta Negeri Sembilan, kontroversi mahasiswa Universiti Malaya, hinggalah kepada isu gaji minimum dan drama pergaduhan pelawak, pelbagai cerita menarik dibongkar dalam episod kali ini.📌 **Antara topik yang dibincangkan:**🌫️ **Jerebu & Angin Puting Beliung** – Ketika negara menunggu perubahan arah angin untuk mengatasi jerebu, angin pula datang mengalihkan kereta di plaza tol Kota Damansara!👑 **Kemelut Takhta Negeri Sembilan** – Video teguran Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan terhadap Menteri Besar mencetuskan persoalan tentang krisis adat, politik dan kepimpinan negeri.📰 **Kontroversi Nik Nazmi** – Isu tangkapan khalwat yang menjadi bualan ramai serta persoalan tentang batas kritikan politik dan hal peribadi.🎓 **Mahasiswa UM, Ummi Umairah** – Keberanian seorang mahasiswa mempersoalkan isu rasuah di hadapan panel politik mengundang pelbagai reaksi. Adakah masalahnya pada soalan yang ditanya atau jawapan yang gagal diberikan?🎤 **Drama Sepahtu Saga: Shuib vs Jep** – Perselisihan antara dua pelawak terkenal, isu pembahagian pendapatan, dakwaan berkaitan KWSP dan saman fitnah. Mungkinkah Sembang KS menjadi platform untuk mereka berdamai?💰 **Mydin & Gaji Minimum RM2,000** – Cadangan kenaikan gaji minimum dan gaji permulaan graduan mencetuskan perdebatan tentang keadilan kepada pekerja lama, kos operasi majikan dan kuasa beli rakyat.🏸 **Aaron Tai & Momen Jabat Tangan** – Dari kejayaan menjuarai Arctic Open hingga momen tangan tidak bersambut di podium yang mencetuskan pelbagai reaksi netizen.🚗 **Pemandu E-hailing: Integriti vs Diskriminasi OKU** – Seorang pemandu memulangkan lebihan bayaran tambang, sementara satu lagi insiden menimbulkan persoalan tentang layanan terhadap penumpang OKU.🚧 **Palang Tol RFID Jadi Wiper?** – Palang tol di Putrajaya yang naik turun tanpa henti, sekali gus menghidupkan semula persoalan tentang pelaksanaan sistem tol tanpa palang atau *Multi-Lane Free Flow* (MLFF).Daripada politik dan ekonomi hinggalah kepada dunia hiburan, sukan dan kehidupan seharian, Episod 28 Sembang KS mengajak anda melihat isu semasa dari sudut yang berbeza — dengan fakta, pandangan dan sedikit jenaka yang pedas.🎙️ **Sembang KS** — bual bicara isu semasa di bawah jenama Keluar Sekejap.💬 Apa pandangan anda tentang isu-isu yang dibincangkan? Kongsikan pendapat dan cadangan anda di ruangan komen!Jangan lupa **LIKE, KOMEN, SHARE dan SUBSCRIBE** saluran kami untuk mengikuti episod Sembang KS yang seterusnya.#SembangKS #KeluarSekejap #Episod28 #PolitikMalaysia #IsuSemasa #GajiMinimum #NegeriSembilan #UmmiUmairah #SepahtuSaga
EP216 | Zetrix AI, TuJu, Malaysia Punca Jerebu?
2026/10/23
Dalam Episod 216 Keluar Sekejap membincangkan beberapa isu semasa, antaranya isu Zetrix AI yang didakwa belum membayar RM314 juta kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melibatkan kutipan pembaharuan cukai jalan, lesen memandu dan saman trafik bagi tempoh 19 Mei hingga 30 September 2026.Episod ini turut membincangkan arahan kerajaan supaya penjawat awam menggunakan aplikasi TUJU dan tidak menggunakan Waze, serta rasional di sebalik arahan tersebut.Selain itu, perbincangan menyentuh dakwaan bekas menteri Indonesia yang mengaitkan syarikat Malaysia dan Singapura sebagai punca berlakunya jerebu, serta implikasi dakwaan tersebut terhadap hubungan serantau.
EP27 #SembangKS | Bajet 2027 & Kahwin Sekejap
2026/10/16
Dalam Episod 27 Sembang KS, kami kembali dengan pelbagai isu hangat minggu ini, daripada Belanjawan MADANI 2027 yang bernilai RM459.8 bilion, perkahwinan sensasi Bella Astillah dan Syed Saddiq, hinggalah isu jerebu rentas sempadan serta kontroversi berkaitan pengurusan pekerja asing. Seperti biasa, semuanya dibincangkan dengan gaya santai, jenaka dan sindiran yang mencuit hati, tetapi tetap membawa persoalan serius tentang politik, ekonomi dan masyarakat.📌 Antara topik yang dibincangkan:💰 Belanjawan MADANI 2027: Bajet Raya Awal? – Belanjawan terbesar dalam sejarah Malaysia bernilai RM459.8 bilion, bantuan SARA RM100 untuk golongan yang layak, peningkatan bantuan STR, kenaikan had muflis daripada RM100,000 kepada RM150,000 serta pelepasan cukai individu daripada RM9,000 kepada RM12,000. Persoalannya, sejauh mana semua ini mampu membantu rakyat yang masih dibebani hutang dan kos sara hidup?💍 Kahwin Sekejap: Bella & Syed Saddiq – Perkahwinan Bella Astillah dan Syed Saddiq di Menara Merdeka 118 mencuri perhatian seluruh negara. Daripada hantaran luar biasa seperti kerusi urut, basikal dan peluang menyambung pengajian, hinggalah kehadiran tokoh politik pelbagai parti, majlis ini memang penuh cerita!😂 Kahwin Sekejap, Keluar Sekejap – Apabila KJ hadir dengan pakaian yang dikatakan tidak mengikut tema, Zaidel pula muncul dalam siaran langsung sehingga mencuri perhatian penonton, dan seorang lagi warga KS menjadi bualan netizen. Adakah warga Keluar Sekejap memang tidak boleh dibawa ke majlis kahwin?🌫️ Jerebu Rentas Sempadan: Oksigen Pun Nak Berkira? – Hampir tiga bulan berdepan jerebu, Malaysia masih menanti penyelesaian kepada masalah kebakaran hutan. Kenyataan kontroversi pemimpin Indonesia turut mengundang persoalan tentang tanggungjawab, kerjasama serantau dan kesan pencemaran terhadap kesihatan rakyat.🌏 Lawatan Presiden Myanmar & Mesir ke Malaysia – Daripada isu penghantaran pulang warga Myanmar yang menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan pelarian, hinggalah lawatan Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi dan ketibaan Raja Jordan. Malaysia nampaknya sibuk menjadi tuan rumah kepada pemimpin dunia!🛂 341 Pasport Dalam Satu Serbuan – Serbuan di Ampang menemukan 341 pasport warga asing yang dikaitkan dengan kegiatan pengambilan pekerja menggunakan profil syarikat palsu. Apakah yang didedahkan oleh kes ini tentang kemungkinan masalah sistemik dalam pengurusan imigresen dan pekerja asing?🎙️ Jangan lupa tonton sampai habis Episod 27 Sembang KS untuk mengikuti semua perbincangan, sindiran dan cerita di sebalik isu-isu yang mencuri perhatian rakyat Malaysia minggu ini.Terima kasih kepada Restoran Vargina, Sentul Perdana kerana menaja lokasi rakaman episod kali ini!👍 Like, komen, kongsi video ini dan jangan lupa subscribe saluran kami untuk lebih banyak perbincangan isu semasa dengan gaya Sembang KS.#SembangKS #Episod27 #Belanjawan2027 #BellaSyedSaddiq #Jerebu #PolitikMalaysia #IsuSemasa #KeluarSekejap
EP215 | Analisis Belanjawan 2027
2026/10/14
Episod 215 Keluar Sekejap membincangkan Belanjawan 2027 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan di Dewan Rakyat. Perbincangan meneliti skala perbelanjaan negara, keutamaan fiskal kerajaan serta persoalan sama ada belanjawan ini lebih tertumpu kepada pertimbangan pilihan raya atau usaha memperkukuh ekonomi Malaysia dalam jangka panjang.Episod ini turut mengupas beberapa langkah utama dalam belanjawan, termasuk pelepasan cukai individu, kenaikan gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000 serta implikasinya terhadap golongan berpendapatan sederhana, pekerja dan perusahaan kecil dan sederhana.Selain itu, Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan membincangkan cabaran struktur kewangan negara, termasuk keperluan memperluas asas cukai, kos subsidi kerajaan, pertumbuhan perbelanjaan pembangunan serta kepentingan reformasi ekonomi bagi memastikan kedudukan fiskal negara kekal mampan.🎁 PROMO KHAS PENDENGAR KS 🎁Gunakan kod promosi KSWELCOME20 untuk menikmati bonus pendaftaran sebanyak RM20 ke dalam Credit Wallet anda!Cara untuk menebus promosi:1. Daftar akaun baharu di GV Ride.2. Masukkan kod promosi KSWELCOME20 pada ruangan kod promosi.3. Klik butang “Claim Now” selepas pendaftaran berjaya untuk menerima RM20 ke dalam Credit Wallet anda.Jangan lepaskan peluang ini! Terima kasih kerana terus menyokong Keluar Sekejap dan rakan penaja kami, GV Ride.
EP26 #SembangKS | Cukai Bujang Lapok dan Bah di BahRain
2026/10/08
Dalam Episod 26 Sembang KS, kami kembali dengan pelbagai cerita yang mencuit hati, isu semasa yang serius dan sudah tentu… sedikit bahan-membahan. Kali ini, kami bersiaran dari Litar Sepang selepas perlumbaan tamat — sambil menunggu trafik reda dan cuba menerima hakikat bahawa balik dari litar mungkin lebih mencabar daripada perlumbaan itu sendiri. 😅🏎️📌 Antara topik yang dibincangkan:🏁 **F1 Kembali ke Sepang — Patutkah Malaysia Bawa Balik F1?**Selepas sembilan tahun, suasana F1 kembali menggegarkan Sepang. Tapi adakah hype ini cukup untuk Malaysia membelanjakan ratusan juta ringgit bagi membawa kembali Formula 1 secara kekal? Kami kupas sejarah F1 di Malaysia, kenapa kita berhenti pada 2017, perubahan besar dalam populariti F1 selepas *Drive to Survive* dan F1: The Movie, serta berapa sebenarnya kos yang perlu ditanggung.💰 **RM300 Juta Untuk F1, Boleh Dapat RM1 Bilion?**Betulkah pelaburan F1 boleh memberikan pulangan sehingga RM1 bilion? Atau angka economic impact yang sering disebut sebenarnya perlu dilihat dengan lebih berhati-hati? Kita bincangkan model perniagaan F1, yuran kepada Liberty Media, hasil tiket, pelancongan dan persoalan paling penting — berapa banyak wang yang benar-benar kekal dalam ekonomi Malaysia?👷 **Gaji Minimum & 1.3 Juta SME**Kerajaan mengecualikan perusahaan mikro, kecil dan sederhana daripada kenaikan gaji minimum yang baharu. Tetapi ada satu perkara menarik — angka gaji minimum baharu itu sendiri masih belum diumumkan. Jadi, apakah sebenarnya yang sedang berlaku dan apa yang pekerja serta majikan perlu tunggu dalam Belanjawan 2027?🏙️ **DBKL & Pengumuman Yang Betul-Betul Memberi Kesan**Daripada pembaharuan lesen perniagaan sehingga tiga tahun, diskaun pembaharuan lesen hinggalah pengurangan deposit untuk aktiviti kebudayaan dan konsert — adakah langkah-langkah kecil seperti ini sebenarnya lebih memberi kesan kepada peniaga dan industri kreatif?💍 **Cukai Bujang — Perlu Ke?**Cadangan cukai bujang kembali mencetuskan perdebatan. Tetapi bukankah orang bujang memang sudah membayar cukai pendapatan? Kami kupas logik di sebalik cadangan ini… sebelum sampai kepada persoalan, kalau cukai bujang ada, nak tunggu cukai apa pula selepas ini? 😂🌧️ **Longkang, Banjir & Kesedaran Sivik**Kisah seorang pemuda berusia 21 tahun yang turun ke longkang ketika banjir untuk membantu melancarkan saliran menjadi perhatian ramai. Dalam masa yang sama, keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan banjir Taman Sri Muda menimbulkan persoalan lebih besar tentang tanggungjawab kerajaan dalam menguruskan risiko banjir.🍽️ **Abang Mamak & Aura Farming**Kadang-kadang makanan lambat sampai memang boleh buat darah naik. Tapi kalau abang mamak hantar makanan sambil slide macam Michael Jackson… marah pun terus hilang. 😂⚽ **Kontroversi Bola Sepak ASEAN**Daripada isu pemain naturalisasi dan pemain berdarah keturunan asing hinggalah kontroversi masa tambahan dalam perlawanan Indonesia–Bangladesh, kita sembang sedikit tentang drama bola sepak Asia Tenggara.🏍️ **F1 vs MotoGP — Mana Lebih Konsisten?**Malaysia sudah lama menjadi tuan rumah MotoGP dan sokongan terhadapnya nampaknya lebih konsisten. Jadi adakah F1 sekadar hype, atau memang mempunyai nilai ekonomi dan penjenamaan yang cukup besar untuk Malaysia?Akhirnya, persoalan terbesar bukan sekadar **“Malaysia mampu atau tidak anjur F1?”**Tetapi:**“Malaysia mampu tak membuat keputusan yang betul dengan duit rakyat?”**Sebab setiap ringgit yang dibelanjakan untuk F1 ialah ringgit yang mungkin tidak dapat digunakan untuk perkara lain seperti pendidikan, kesihatan, pengangkutan awam dan pembangunan ekonomi.Sembang KS — kita sembang santai, tapi jangan sampai lupa kira-kira. 😎#SembangKS #KeluarSekejap #F1 #Formula1 #Sepang #MalaysiaGP #MotoGP #GajiMinimum #SME #Belanjawan2027 #DBKL #Banjir #PolitikMalaysia #EkonomiMalaysia

Podcast reviews

Read Keluar Sekejap podcast reviews


5 out of 5
9 reviews

Podcast sponsorship advertising

Start advertising on Keluar Sekejap relevant audience podcasts


What do you want to promote?