PORTKHAS

Advertise on podcast: PORTKHAS

Categories
Country
This podcast has
31 episodes
Language
Publisher
Explicit
No
Date created
2021/05/12
Average duration
69 min.
Release period
13 days

Description

podcast kasual tanpa arah tuju. bual-bual santai topik hangit semasa.

Podcast episodes

Check latest episodes from PORTKHAS podcast


Fakta
2022/02/06
Mengikut Dewan Bahasa & Pustaka, fakta adalah sesuatu maklumat yang benar & boleh dibuktikan, atau sesuatu yang benar-benar berlaku. Dalam episod kali ini, NMJ mengupas tentang beberapa fakta menarik yang ada di internet zaman now. Fakta atau auta ? atau fakta yang terfaktab? Tonton & dengarkan episod kali ini. 
more
Sembang Musik #3
2022/01/09
Dalam sembang musik siri #3 kali ini, NMJ nak borak serba sedikit tentang projek musik kami yang akan datang, tentang pembuatan lagu kami, bagaimana proses ciptaan bermula dan apa ilham & inspirasi kami. Ilham kami datang dari bermacam-macam cara, situasi & pengalaman yang tanpa sengaja menjadi motif atau tema lagu itu sendiri. Nak tahu siapa pemuja rahasia diantara kami? Dengar & tonton episod terbaru ini.
more
Angker Part III
2021/12/25
Syirik? Khurafat? Tahyul? Telah jelas perbuatan ini adalah salah & berdosa disisi agama tetapi untuk mencapai sesuatu matlamat, ada sesetengah manusia rela memilih jalan hitam ini.Kisah Jamal tentang pengalaman ngerinya di UK, Deng kembali dengan kisah-kisah mistik sewaktu zaman pengajiannya di Kota Lalai (KL) dahulu, & kisah Melo dengan makmum ghaibnya. Seorang remaja terperangkap di tingkat 6 sebuah flat di Johor Bahru gara-gara doa ibunya? Nak tahu apa lanjutan cerita ini? Dengar & tonton episod terbaru kami ini.
more
Kalau Aku Kaya
2021/12/14
Kalau Aku Kaya hari-hari hari raya ! Cita-cita, angan-angan atau kenyataan? Terserahlah apa pun juga, semua orang mesti mengidamkan untuk jadi kaya. Ini bukan hanya kaya tentang duit sahaja. Dengarkan cerita "menjadi kaya" kami bersama Deng & Abe debo, Jamal.
more
Angker Part II feat Jamal & Deng
2021/11/21
Dalam episod ini, kita masih lagi dalam topik angker atau mistik tetapi Istimewanya kali ini, kami 'roadtrip' ke Johor Bahru. Sambil-sambil makan angin, kami menjemput tetamu kami Jamal aka Mat Debo & Deng CosaNostra untuk menceritakan kisah-kisah paranormal yang pernah berlaku di dalam kehidupan mereka. Kisah Melo tentang makhluk menetap bersama satu keluarga & menghantui ustaz di dalam lift & adik Deng mencabar kelibat Jin di dalam bilik persalinan atau kisah 3 jeneral di atas gunung, semuanya ada. Anehnya, video kami 'missing in action' setelah selesai shooting tanpa sebab. Gimmick? atau ada entiti aneh bersama kami malam itu? silakan menonton & mendengar episod ini. 
more
Angker
2021/11/08
Melo ternampak entiti di hujung katil? Non ada kelebihan melihat & merasai hal mistik? Hal-hal mistik atau berkaitan dengan alam ghaib ini semestinya tidak asing lagi di dalam kehidupan manusia kerana sesungguhnya mereka itu juga hidup di atas muka bumi ini tetapi tidak kelihatan pada umumnya. Sesetengah orang telah terbuka hijabnya untuk melihat hal mistik ini,  ada juga yang diberikan kemudahan olehNya untuk merawat pesakit yang terkena gangguan sebegini.  Apa pun terjadi, semuanya ciptaan yang Maha Kuasa & jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri. 
more
Handphones
2021/10/31
Tiada yang lama, tiadalah yang baru. Kalau nak diceritakan pasal gadgets terutamanya handphones, pasti semua ada cerita yang menarik, al maklumlah handphones yang kita ada dulu tidaklah semewah sekarang, process untuk mendapatkannye cukup sulit, kadang-kadang sampai ke tua barulah merasa pakai handphones canggih. Benchmark anda mungkin iphone 13, tapi idaman kami dulu cukup Nokia Butterfly 8250. 
more
Crush
2021/10/24
“Crush. It's funny how the same word for the feeling of disappointment can be used for the feeling of attraction.” Waktu seakan berhenti berputar, angin sepoi-sepoi berlalu mengalunkan ikal rambutmu, burung-burung menyanyikan lagu-lagu cinta pilihan kita, perasaan membuak-buak saat kau di depanku. Saat-saat sebegini rupa sering sekali bermain di fikiran kita setiap kali kita bertemu atau memikirkan tentang orang yang kita suka, atau yang dipanggil "crush". Semua orang pun pernah melalui saat indah ini sewaktu kecil, di sekolah mahupun sekarang. Ini cerita "crush" kami. Cukup sederhana tapi sentiasa manis & melekat dalam fikiran kami.
more
Bola-Bola
2021/10/17
Makan bola, Minum bola, Tidur bola ! Bola sepak menjadi sukan kegemaran bagi kebanyakan orang & sehingga hari ini terus menjadi kegilaan di seluruh dunia. Bagi sesetengah orang , bola sepak itu lebih dari segala-galanya. Glory-glory Manchester United ! "Football is not just a game, it's a religion, it's in our blood".
more
Influenzer
2021/10/10
Sikat rambut ala Shah Rukh Khan ✔ Beg sekolah Jansport ✔ Seluar sekolah tapered/carrot cut ✔ Minyak rambut brylcreem/code 10 ✔ Kasut converse all star line merah ✔ Wallet alien workshop ✔ Seluar track butang tepi✔ Puak study smart atau puak athlete sekolah ✔ .....selamat datang ke starter pack budak sekolah awal 2000... 
more
Hotel
2021/10/03
Hotel yang mempunyai kemudahan yang menarik & bilik yang lengkap sudah semestinya menjadi pilihan orang ramai. Masing-masing punya citarasa yang tersendiri dalam memilih kriteria-kriteria bilik hotel yang diinginkan & harga yang mahal tidak menjadi satu halangan asalkan semuanya berbaloi. Tidak kisahlah sama ada staycation di dalam kotaraya, resort mewah di pulau, atau homestay ala kampung, semuanya menawarkan pilihan bilik dengan konsep yang berbeza untuk kita terokai & ia akan menjadi suatu pengalaman penginapan yang takkan dilupakan. 
more
Sembang Musik #2
2021/09/26
Setiap perkara yang kita buat mesti bermula dengan nawaitu yang betul, niat yang baik maka baiklah tujuan & hasilnya. Dalam siri ke-2 sembang musik ini, kita borak-borak pasal pengalaman pertama kali bermain musik, pengalaman ada band sendiri, guitaris pujaan & tentang hujan. Nak tahu siapa suka dengar lagu emo dalam hujan? Dengar & tonton episod terbaru ini.
more

Podcast reviews

Read PORTKHAS podcast reviews


0 out of 5
0 reviews

Podcast sponsorship advertising

Start advertising on PORTKHAS & sponsor relevant audience podcasts


What do you want to promote?

Ad Format

Campaign Budget

Business Details