1541156429
#SeminitSajak

Advertise on podcast: #SeminitSajak

Categories
Country
Malaysia
This podcast has
23 episodes
Publisher
maingayong
Explicit
No
Date created
2020/11/19
Latest episode
2025/02/15
Average duration
1 min.
Release period
96 days

Description

#SeminitSajak adalah satu usaha untuk mengumpul audio bacaan puisi penulis Malaysia dalam satu minit. Audio baru akan diperdengarkan pada setiap hari Sabtu kedua bagi setiap bulan. Podcast ini diuruskan oleh @maingayong dengan kerjasama @bilikpenyair.

Unlock #SeminitSajak podcast Email contact info,
Listeners & Audience details

Email contact information

Direct podcast contact details

Listeners

Audience numbers & engagement insights

Audience details

Podcast Insights

Podcast episodes

Check latest episodes from #SeminitSajak podcast


Bertarung Dengan Laut
2025/02/15
Sebagai seorang perempuan, Hidayyah At Mizi menulis bala sumpahan selepas dia bertarung dengan laut. Sebagai perempuan juga, Azielahaneem Idris menjadi suara laut garang yang menelan cangkerang di perairan pantai. Mereka tahu yang hidup sering didampingi keresahan dan satu hari, mereka mungkin perlu menelan diri sendiri.
Kelu
2024/10/26
Celaru perasaan sering membuatkan Mosyuki Borhan terkelu. Hari ini, semua emosinya bertarung kerana dihantui masa lampau. Ketika dia telah bersedia untuk menghentikan semua pertarungan, Faiz Yaakob melafaz fikirannya kuat-kuat, lalu segala rasa di dalam dadanya kembali dihantui... oleh masa lalu.
7 Kisah Dalam Kamar
2024/09/14
Dipetik daripada buku sulung Syaheeda Hamdani, 7 Kisah Dalam Kamar meniupkan nyawa kepada penghuni bilik yang lazim. Ketika bersama mereka, apakah tindak yang sering kita lakukan? Dari luar tingkap, mata Rabyashamz memerhati angin berubah ketika mulutnya membongkar segala jawapan.
Malam Berbau Lilin
2024/08/17
Kerinduan sering disorok-sorok, seperti bait-bait Baha Zain yang mengumpulkan semua bau di sisi lilin. Membawa kita melihat malam, Eylaaqilla melafazkan baris-baris ini dengan hemah, membenarkan kita turut menghidu rindu yang terpadam bersama api.
Di Bawah Lidah
2024/07/13
Karl Agan mengungkapkan kekecewaannya yang tersekat di bawah lidah selepas sebuah pemergian. "setiap ucapan selamat malam" pula macam sebuah memori yang takkan mudah Najmi Zes lupa. Mendepani fasa ini, mereka berdua terlupa untuk sedar yang segala hubungan akan putus dan yang kekal cumalah rasa keterikatan.
Kujatuhkan Sauh
2024/06/22
"kubawa garam itu dalam pelayaranku, kusimpan pengalaman masin dalam hidupku" seperti isi hati T. Alias Taib yang paling dalam. Sebelum melambai dan pergi, Qistina melafazkannya dengan perasaan yang memilih untuk berangkat ke satu pulau yang belum lagi kelihatan di satu sudut seberang sana.
Perlawanan-Perlawanan Lewat Malam
2024/05/11
Sering diistilahkan kesegaran waktu malam adalah seorang burung hantu, namun Petak Daud menyoal "Apakah gelaran seorang malam yang diselimuti resah, namun tidur terlalu segan menghembus lelah?". Dilafaz tenang, Faizhanip menceritakan bagaimana sebuah perlawanan untuk nyenyak, gagal dibunuh resah untuk kita ungkapkan gelaran paling sesuai.
Doa Waktu Kecil
2024/04/14
Memori seperti hayat; ia kekal sehingga mati. Sepanjang membesar, ada banyak perkara yang Aisyah Rais tinggalkan demi memenuhi hati. Antaranya, mainan. Namun, sekalipun bukan kereta besar menjadi hadiah, yang kecil kekal Norasilah Mohayas terima penuh syukur.
Padamu
2024/03/16
Sesekali, Muhammad Helmi keliru cara berdoa kepada Tuhannya, lalu dia melafazkan ragu Clariessa Kesulai yang satu hari buntu, "Untuk berbicara dengan-Nya, aku perlu memakai bahasa apa?"
Kekasih
2024/02/17
Usman Awang mengungkapkan rasa sanggupnya melakukan perkara yang mustahil-namun-boleh untuk seorang kekasih; wajah paling dicintai, jiwa paling dikasihi. Mengulang rasa sama, Mohamad Idham membacanya dengan sayang paling agung.
Mok, Aku Nok Bace Sajok
2024/01/15
Kesetiaan untuk bersama selamanya sukar dicari. Sama macam sajak Syafiq Ghazali. Ditutur jelas, Eylaaqilla beritahu yang semangat menulis boleh lahir hari ini, kemudian mati esok. Tapi, untuk lahir dan membesar sihat selamanya, belum tentu.
Laut Membiru Bagai Surat Rindu
2021/09/11
Selalu air menenangkan, tapi di dalamnya, rindu lemas. Zurinah Hassan melihat dari atas, cuba menyelamatkannya dengan puisi-puisi setia sementara di tepi laut, Norasilah Mohayar membacakan rindu.
Selamat Hari Jadi
2021/08/14
Hari jadi bukan lagi cara meniup lilin, tapi cara mendekati kematian. Karl Agan menemukan dua kelingkingnya, kanan dan kiri, dengan harapan hidup akan lebih bererti. Malam dah tak menyala sebab lilin baru saja terpadam dan sebelum hari bertukar, Hafys Rosli sempat membacakan sebuah harapan.
Pahat
2021/07/10
Selepas pertanyaan Lutfi Ishak kepadanya tidak dijawab, Amirul Hisyam bertanya pula kepada kita; tentang pintu yang sebenarnya sebuah puisi. Mengapa dalam banyak-banyak alat, pahat?
Bunga Kertas
2021/06/12
Selepas T. Alias Taib menanam sekuntum bunga kertas di halaman rumahnya, Adawiah Kamis terharu. Merah bunga yang memberikan makna baru tentang kedinginan, membuatkan dia tercari-cari, apakah yang telah ditabur, yang telah dijampi?

Podcast reviews

Read #SeminitSajak podcast reviews


0 out of 5
0 reviews

Podcast sponsorship advertising

Start advertising on #SeminitSajak relevant audience podcasts


What do you want to promote?