1571436818
Sembang Santai Bersama Liqo' Asya'irah

Advertise on podcast: Sembang Santai Bersama Liqo' Asya'irah

Categories
Country
United States
This podcast has
9 episodes
Language
Malay
Explicit
No
Date created
2021/06/09
Latest episode
2022/05/04
Average duration
121 min.
Release period
42 days

Description

Sesi diskusi secara kasual ataupun lebih kepada sembang santai yang dianjurkan oleh Liqo' Asya'irah akan isu - isu semasa atau diskusi ilmiah.

Unlock Sembang Santai Bersama Liqo' Asya'irah podcast Email contact info,
Listeners & Audience details

Email contact information

Direct podcast contact details

Listeners

Audience numbers & engagement insights

Audience details

Podcast Insights

Podcast episodes

Check latest episodes from Sembang Santai Bersama Liqo' Asya'irah podcast


(S1 E03) Perkongsian Santai Hadis Ke - 4 Bersama Saudara Hakim Ismail
2022/05/04
Inshaallah, Liqo' Asya'irah akan menjalankan beberapa program bagi memenuhi kehadiran bulan yang mulia akan datang iaitu bulan Ramadan. Inshaallah akan diadakan Muzakarah Kitab Ta'lim Muta'alim bersama Saudara Musytaq. Dan perkongsian 1 Hari 1 Hadis bersama panel² Liqo' Asya'irah. Moga² kita dapat memenuhkan masa kita pada bulan yang mulia nanti dengan amal ibadah dan ilmu 🌹
(S1 E02) Perkongsian Santai Hadis Ke - 3 Bersama Saudara Ismail
2022/05/04
Hadis Ke -3: RUKUN ISLAM DAN PERKARA UTAMA Daripada ‘Abdul Rahman ‘Abdullah bin Umar bin Al - Khattab RA, katanya: “Aku telah mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: ‘Dibina Islam itu atas lima perkara; persaksian bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan sesungguhnya Muhammad itu adalah pesuruh Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji di BaitulHaram dan berpuasa di bulan Ramadan’.” (Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim) Hadis ini telah dikeluarkan oleh: 1. Al-Bukhari di dalam kitab Al-Iman (Bab sabda Nabi SAW: 'Dibina itu atas lima perkara'), hadis no. 8. Islam 2. Muslim di dalam kitab Al-Iman (Bab penjelasan tentang rukun-rukun Islam dan tiang-tiangnya yang utama), hadis no. 16. 3. At-Tirmizi di dalam kitab Al-Iman (Bab apa yang datang mengenai dibina akan Islam atas lima perkara), hadis no. 2612. 4. An-Nasa'i di dalam kitab Al-Iman juga (Bab atas beberapa perkara dibina akan Islam itu), hadis no. 107108/.  5. Musnad Imam Ahmad, hadis no. 2693,2/ dan 120. A. KEPENTINGAN HADIS Hadis mengenai rukun - rukun Islam ini adalah merupakan hadis yang penting. la adalah salah satu kaedah daripada kaedah-kaedah agama Islam dan kumpulan hukum-hakam. Justeru di dalam hadis ini terdapat ma'rifat tentang agama dan barang apa yang bersandar padanya daripada kumpulan rukun-rukunnya. Adapun rukun-rukun ini dinashkan oleh Al-Quran Al-Karim.
(S1 E01) Perkongsian Santai Hadis Ke - 2 Bersama Saudara Hakim Ismail
2022/05/04
Hadis Ke - 2 ISLAM, IMAN DAN IHSAN Daripada Umar RA juga, katanya “Ketika kami duduk bersama - sama Rasulullah ﷺ pada suatu hari, sekonyong-konyong muncul seorang lelaki yang berpakaian putih bersih teramat putih, rambut yang hitam tersangat hitam dan tidak kelihatan padanya kesan daripada suatu perjalanan (yang jauh) dan tiada seorang pun dalam kalangan kami yang mengenalinya. Kemudian beliau merapatkan kepala lututnya ke kedua - dua kepala lutut Nabi ﷺ yang satu lagi dan meletakkan kedua-dua tapak tangannya di atas kedua-dua pahanya. Dan beliau berkata: “Ya Muhammad! Beritahulah padaku mengenai Islam. Maka Rasulullah ﷺ bersabda: “Islam adalah hendaklah kamu bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan sesungguhnya Muhammad adalah pesuruh Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadan dan mengerjakan haji di Baitullah bagi sesiapa yang berkemampuan ke sana. “Kata lelaki itu: “Benar kamu.” Maka kata-katanya itu menghairankan kami sedangkan dia yang telah bertanya, maka dia pula yang membenarkannya (mengiyakannya). Lelaki itu berkata lagi: “Maka beritahulah padaku tentang iman.” Sabda Rasulullah SAW: “Iman itu adalah hendaklah kamu beriman dengan Allah, para malaikatNya, kitab - kitabNya, para RasulNya, hari kiamat dan hendaklah kamu beriman dengan ketentuan baik dan buruknya.” Kata lelaki itu “Kamu telah berkata benar. Kemudian lelaki itu berkata lagi: “Maka beritahulah padaku tentang ihsan.” Sabda Rasulullah SAW: “Ihsan itu adalah hendaklah kamu menyembah Allah, seolah-olah kamu melihatNya dan sekiranya kamu tidak melihatNya, maka sesungguhnya Dia melihat kamu.” Kata lelaki itu lagi: “Maka beritahulah padaku tentang hari kiamat.” Sabda Rasulullah ﷺ: “Tidaklah orang yang ditanya itu lebih mengetahui daripada orang yang bertanya.” Kata lelaki itu: “Maka beritahulah kepadaku tentang tanda-tandanya.” Sabda Rasulullah ﷺ: “Apabila seorang wanita melahirkan tuannya. Dan kamu akan dapat melihat pengembala - pengembala kambing yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan faqir berlumba - lumba dalam membina bangunan tinggi.” Kemudian lelaki itupun pergi. Kemudian aku menunggu dalam jarak waktu yang agak lama. Lalu Rasulullah ﷺ bersabda: “Ya Umar! Adakah kamu tahu siapakah yang bertanya itu?” Aku menjawab: “Allah dan RasulNya lebih mengetahui.” Sabda Rasulullah ﷺ: “Sesungguhnya ia adalah Jibril, dan ia datang kepada kamu untuk mengajari kamu tentang agama kamu.” (Diriwayatkan oleh Muslim) Hadis ini telah diriwayatkan oleh: 1. Muslim di permulaan kitab Al-Iman, hadis no. 8. 2. At-Tirmizi di dalam kitab Al-Iman, hadis no. 2738. 3. Abu Daud di dalam kitab As-Sunnah, (Bab mengenai qadar), hadis no. 4695. 4. An-Nasa'i di dalam kitab Al-Iman. (Bab sifat Islam), hadis no. 978/ KEPENTINGAN HADIS Ibnu Daqiq Al-Aid telah berkata: “Ini adalah hadis yang besar kedudukannya yang merangkumi kesemua tanggungjawab amalan-amalan zahir dan batin. Kesemua Ilmu syariat dirujukkan padanya dan bercabang darinya. Justeru ia merangkumi segala Ilmu sunnah, maka ia adalah seumpama ibu kepada sunnah, sebagaimana dinamakan Al - Fatihah itu sebagai “Ummul Quran” (ibu kepada Al Qur'an), justeru ia merangkumi kesemua makna Al Quran.” Hadis ini adalah daripada kalangan hadis-hadis mutawatir lantaran ianya telah diriwayatkan daripada riwayat lapan orang sahabat yang mulia RA. Mereka adalah; Abu Hurairah, Umar, Abu Zar, Anas, Ibnu Abbas, Ibnu Umar, Abu Amir Al-Asy'ari dan Jarir Al-Bijli RA.
HARI ASYURA, AHLI BAIT DAN KARBALA
2021/08/18
Setiap tahun umat Islam akan menyambut hari Asyura apabila tibanya bulan Muharram yang mana padanya itu terdapat kelebihan dan kebaikan yang dinyatakan oleh Nabi صلى الله عليه وسلم dan para Ulama'. Bahkan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم menyarankan umat Baginda صلى الله عليه وسلم untuk melakukan ibadah puasa sunat pada hari tersebut. Selain itu, pada hari tersebut juga adalah hari yang paling bersejarah bagi Umat Islam iaitu berlakunya peperangan Karbala. Maka, dengan sempena bulan Muharram ini kami akan menganjurkan satu program bagi mengupaskan tajuk yang berkaitan dengan Bulan Muharram serta peristiwa yang berlaku padanya bersama ahli-ahli panel kami.
HAKIM WANITA MENURUT PERSPEKTIF SHARIAH
2021/06/23
Episod kali ini Liqo' Asya'irah telah berkerjasama dengan The Patriots bagi membincangkan tajuk 'Hakim Wanita Menurut Perspektif Shariah'. Kami telah menjemput beberapa hakim shariah dalam perbincangan kali ini. Banyak persoalan yang dilontarkan, antaranya adakah layak seorang wanita menjadi hakim shariah? Betul ke terdapat keperluan untuk wanita menjadi hakim shariah? 
ETIKA BERINTERAKSI DENGAN AL QURAN
2021/06/14
Pada episod kali ini, sesi Sembang Santai membawa tiga orang panel yang luas ilmunya, membicarakan topik ‘Etika Berinteraksi dengan Al Quran’. Apakah yang dimaksudkan dengan etika itu? Cara kita tadabbur? Memahami tafsiran? Untuk ketahui lebih lanjut, ayuh dengarkan podcast ini! Bersama Saudara: @Fathyakan @fakhrifadzli @ahnewyear19
SUNNAH SEBAGAI SUMBER HUKUM
2021/06/11
Perbincangan mengenai isu hadis - hadis, pengambilan hadis sebagai sumber hukum dalam agama Islam dan banyak lagi yang dibincangkan dalam episod kali ini.
PENGENALAN HAID & ISTIHADAH
2021/06/09
InsyaAllah, pada episod kali ini pihak kami akan mengadakan program sembang santai bersama ahli panel kami berkenaan dengan tajuk yang agak menarik iaitu Pengenalan berkenaan dengan Haid dan Istihadah.  Sembang santai bersama: - Saudara Musytaq @MuystaqAshari (Panel Liqo' Asya'irah) Pada tarikh & waktu berikut: - 8 Jun 2021 (Selasa) - 9.30 malam (Malaysia) - 3.30 petang (Mesir) Medium: Twitter Space  (Liqo' Asya'irah)
FIQH ISLAM & PERUBATAN MODEN
2021/06/09
Fiqh deals with the observance of rituals, morals and social legislation in Islam including medical treatment . . . "Sejauh manakah penerimaan perubatan moden seperti penggunaan vaksin menurut Fiqh Islam?” Sembang santai bersama: - Saudara Faez @H_Bakkaniy - Saudara Izz @izzalazhary Pada tarikh & waktu berikut: - 7 Jun 2021 (Isnin) - 10.30 malam (Malaysia) - 4.30 petang (Mesir) Medium: Twitter Space @LiqoAsyairah

Podcast reviews

Read Sembang Santai Bersama Liqo' Asya'irah podcast reviews


0 out of 5
0 reviews

Podcast sponsorship advertising

Start advertising on Sembang Santai Bersama Liqo' Asya'irah relevant audience podcasts


What do you want to promote?