1679931295
Khabarnya Podcast

Advertise on podcast: Khabarnya Podcast

This podcast has
73 episodes
Explicit
Yes
Date created
2023/03/30
Latest episode
2026/10/18
Average duration
60 min.
Release period
9 days

Description

Intro kepada podcast Khabarnya bersama pengarang veteran, Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman. Perjalanan bermula disini.

Unlock Khabarnya Podcast podcast Email contact info,
Listeners & Audience details

Email contact information

Direct podcast contact details

Listeners

Audience numbers & engagement insights

Audience details

Podcast Insights

Podcast episodes

Check latest episodes from Khabarnya Podcast podcast


Khabarnya S2EP25: [Part 1] Dari Berdepan Gangster Rusia ke Pertemuan dengan Tun M
2026/10/18
Dengarkan perbincangan bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta Tengku Ngah Putra, usahawan dan Ketua Kluster Minyak dan Gas Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM). Beliau berkongsi pengalaman mengusahakan perkhidmatan perkapalan antara Pasir Gudang dengan Singapura, membawa coklat dan televisyen Malaysia ke pasaran Rusia, serta membuka operasi pemasangan TV di Kazakhstan yang membawa kepada pertemuannya dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.#Khabarnya #KhabarnyaPodcast #TengkuNgahPutra #TunMahathir #MTEM #UsahawanMalaysia #EksportMalaysia #Nikom #Rusia #Kazakhstan #Perkapalan #IndustriMalaysia
Khabarnya S2EPS24: Tun Dr. Hasmah: Mengenang Srikandi, Menelusuri Kehalusan Pekerti
2026/10/11
Dengarkan perbincangan bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta Puan Rozlina Jamaluddin, bekas pembantu peribadi Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali. Beliau berkongsi pengalaman hampir empat dekad berkhidmat, daripada menguruskan kediaman dan majlis di Sri Perdana hingga urusan peribadi Tun Siti Hasmah, serta mengenang sikap berjimat cermat, keprihatinan terhadap kakitangan dan saat menerima berita pemergian beliau. #Khabarnya #KhabarnyaPodcast #RozlinaJamaluddin #TunSitiHasmah #TunMahathir #SriPerdana #Putrajaya #BAKTI #Malaysia
Khabarnya S2EP23: [Part 2] Sampai akaun media sosial anak bini kena ban?
2026/09/27
Dengarkan sambungan perbincangan bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta aktivis politik bebas, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo. Kali ini, beliau mengulas dakwaan Abdul Hadi Awang mengenai pertemuan PAS dengan Kedutaan AS pada 2014, hala tuju kerjasama politik PAS-UMNO, serta pengalamannya berdepan sekatan akaun dan kandungan di media sosial. #Khabarnya #KhabarnyaPodcast #Papagomo #WanMuhammadAzri #AbdulHadiAwang #PAS #UMNO #MuafakatNasional #MalaysiaAS #ART #TikTok #MediaSosial #PolitikMalaysia
Khabarnya S2EP22: [Part 1] Rakyat Bukan Lagi Marah, Mereka Dah Berdendam?
2026/09/20
Dengarkan perbincangan bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta aktivis politik bebas, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo. Beliau mengulas siri kes mahkamah yang masih dihadapinya dan ruang kebebasan bersuara, mempertahankan politik identiti Melayu dalam perdebatan mengenai “Postnormal Times”, serta memberi pandangannya terhadap PKR, DAP. #Khabarnya #KhabarnyaPodcast #Papagomo #SirAzri #PolitikIdentiti #PolitikMelayu #PAS #PKR #DAP #AktaHasutan #PostnormalTimes #PolitikMalaysia
Khabarnya S2EP21: [Part 2] Undi Cina Dah Mula Pecah, MCA Nampak Peluang?
2026/09/13
Dengarkan sambungan perbincangan bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta Neow Choo Seong, Ketua Penerangan Pemuda MCA dan Pengarah Komunikasi Pemuda BN. Kali ini, beliau mengulas PRU16 sebagai ujian kepada pembaharuan MCA, keperluan BN melakukan peralihan generasi, serta persoalan sama ada gabungan itu benar-benar bersedia jika rakyat memberi mandat semula.#Khabarnya #KhabarnyaPodcast #NeowChooSeong #MCA #PemudaMCA #BarisanNasional #PRU16 #PolitikMalaysia #PolitikAnakMuda #Johor #NegeriSembilan
Khabarnya S2EP20: [Part 1] MCA Mahu Buang Budaya “Abang Long” Dalam BN?
2026/09/06
Dengarkan perbincangan bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, bersama Neow Choo Seong, Ketua Penerangan Pemuda MCA dan Pengarah Komunikasi Pemuda BN. Beliau mengulas sebab memilih MCA ketika parti itu sedang merosot, peranan MCA dalam BN dan Kerajaan Perpaduan, serta usaha membina semula parti melalui kepimpinan muda dan akar umbi. #Khabarnya #KhabarnyaPodcast #NeowChooSeong #MCA #PemudaMCA #BarisanNasional #PemudaBN #PolitikMalaysia #KerajaanPerpaduan #Taiping #PolitikAnakMuda #BN
Khabarnya S2EPS19: [Part 2] Sejarah Yang Kita Warisi Belum Tentu Lengkap
2026/08/23
Dengarkan sambungan perbincangan bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta sejarawan dan Pensyarah Kanan USM, Profesor Madya Dr. Azmi Ariffin, mengupas bagaimana bahasa kolonial masih membentuk tafsiran sejarah Melayu, perbezaan antara fakta dengan legenda dalam mengangkat tokoh tempatan, serta persoalan sama ada Perjanjian Pangkor 1874 benar-benar sebuah persetujuan atau sebahagian daripada proses British menguasai Perak.#Khabarnya #KhabarnyaPodcast #AzmiAriffin #SejarahMalaysia #SejarahMelayu #PerjanjianPangkor #Perak #JWWBirch #NgahIbrahim #SejarahKolonial #Historiografi #British #Malaysia
Khabarnya S2EP18: [Part 1] Siapa Sebenarnya Yang Menulis Sejarah Kita?
2026/08/17
Dengarkan perbincangan bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta sejarawan dan Pensyarah Kanan USM, Profesor Madya Dr. Azmi Ariffin, mengupas mengapa sejarah Malaysia masih terikat dengan tafsiran kolonial, persoalan di sebalik Perjanjian Pangkor dan penjajahan British di Perak, serta keperluan menilai semula sejarah berasaskan bukti tanpa sekadar mengagungkan tokoh dan naratif tempatan. #Khabarnya #KhabarnyaPodcast #AzmiAriffin #SejarahMalaysia #SejarahMelayu #PerjanjianPangkor #SejarahKolonial #British #Melaka #HangTuah #Historiografi #Malaysia
Khabarnya S2EP17: [Part 2] Bila Pertahan Hak Melayu Dianggap Rasis
2026/08/09
Dengarkan sambungan perbincangan bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta peguam dan pimpinan PAS Selangor, Dr. Yusfarizal Yussoff, mengupas perbezaan antara tanah leluhur dan tanah kewarganegaraan, kontroversi kenyataan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor tentang Tanah Melayu, serta persoalan lebih besar tentang identiti, sejarah dan politik Melayu dalam masyarakat majmuk. #Khabarnya #KhabarnyaPodcast #DrYusfarizalYussoff #PAS #DSMuhammadSanusi #TanahMelayu #PolitikMalaysia #PolitikMelayu #PenyatuanUmmah #IdentitiMalaysia #Malaysia
Khabarnya S2EP16: [Part 1] PAS Cari Jalan Menang Tanpa Pecahkan Undi Melayu
2026/08/02
Dengarkan perbincangan bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta peguam dan Ketua Penerangan PAS Selangor, Dr. Yusfarizal Yussoff. Mereka membincangkan mengenai hala tuju penyatuan Ummah antara PAS dan UMNO, masa depan politik Melayu selepas PRN, serta polemik “Tanah Melayu” dan identiti negara dalam landskap politik semasa. #Khabarnya #Season2 #DrYusfarizalYussoff #PAS #UMNO #PenyatuanUmmah #PolitikMalaysia #PRN #Melayu #TanahMelayu #Malaysia
Khabarnya S2EP15: Amira Aisya: Kleptokrasi Sedang Kembali?
2026/07/26
Dengarkan perbincangan bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta YB Amira Aisya Abdul Aziz, mengulas prestasi MUDA dalam PRN, kebimbangan terhadap normalisasi kleptokrasi dalam politik Malaysia, serta mengapa pembangkang dan parti-parti kecil perlu bersatu bagi menawarkan alternatif yang lebih diyakini rakyat. #Khabarnya #Season2 #AmiraAisya #MUDA #PRN #PRU16 #Kleptokrasi #PolitikMalaysia #Demokrasi #Pembangkang #SemakImbang #Malaysia
Khabarnya S2EP14: Dr. Haim Hilman Digari: PAS Pertahan Isu Pendidikan Malaysia
2026/07/12
Dengarkan sambungan perbincangan bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta Dr. Haim Hilman Abdullah, mengupas penahanannya susulan kenyataan tentang kemasukan ke universiti awam, isu saluran terbuka yang didakwa mengecilkan peluang pelajar tempatan, serta kegagalan pendidikan tinggi menyelaraskan program dengan keperluan industri dan pasaran kerja. #Khabarnya #Season2 #HaimHilman #PolitikMalaysia #PendidikanTinggi #UniversitiAwam #SaluranTerbuka #UPU #PelajarTempatan #Graduan #Malaysia
Khabarnya S2EP13: PAS Bukan Lagi Parti Yang Sama?
2026/07/05
Dengarkan perbincangan episod ini bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta YB Dr. Haim Hilman Abdullah, EXCO Kedah, membincangkan perubahan wajah PAS melalui kemunculan golongan profesional dan teknokrat dalam parti serta pendekatan terhadap masyarakat berbilang kaum. #Khabarnya #Season2 #DrHaimHilman #PAS #PerikatanNasional #Kedah #PolitikMalaysia #Teknokrat #Pentadbiran #Perpaduan #Malaysia
Khabarnya S2EP12: Dari “YB Intern” Ke Calon Puteri Wangsa
2026/06/28
Dengarkan perbincangan episod ini bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta Rashifah Aljunied, calon MUDA bagi Puteri Wangsa, berkongsi perjalanan daripada seorang aktivis kepada calon pilihan raya, cabaran membawa suara rakyat, serta realiti bekerja di sebalik tabir seorang wakil rakyat.#Khabarnya #Season2 #RashifahAljunied #MUDA#PuteriWangsa #PRNJohor#PolitikMalaysia #AnakMuda#KosSaraHidup #PerubahanIklim#Johor
Khabarnya S2EP11: Anak Muda Johor Sudah Tidak Termakan Naratif Politik Lama
2026/06/21
Dengarkan perbincangan episod ini bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta YB Amira Aisya Abdul Aziz, Presiden MUDA dan ADUN Puteri Wangsa, membincangkan hala tuju politik Johor menjelang pilihan raya negeri, cabaran menjadi pembangkang, serta kedudukan parti-parti politik dalam landskap baharu Malaysia. #Khabarnya #Season2#AmiraAisya#MUDA#Johor#PRNJohor#PolitikMalaysia#KosSaraHidup#PusatData#AnakMuda#Malaysia

Podcast reviews

Read Khabarnya Podcast podcast reviews


0 out of 5
0 reviews

Podcast sponsorship advertising

Start advertising on Khabarnya Podcast relevant audience podcasts


What do you want to promote?