![Bola Itu Life - SYOK Podcast [BM]](https://api.podvertise.fm/uploads/podcast-bola-itu-life-syok-mza_14783216473288464309.jpg)
Advertise on podcast: Bola Itu Life - SYOK Podcast [BM]
This podcast has
118 episodes
Language
Malay (Malaysia)Publisher
SYOK PodcastExplicit
No
Date created
2023/11/30
Latest episode
2026/09/11
Average duration
56 min.
Release period
14 days
Description
Gandingan Bola Itu Life , Keesh Mat Stats & Faiz Gurun berbicara isu-isu yang merangkumi bola sepak dari pandangan sosio-politik , budaya dan pandangan berbeza. Tiada kompromi dalam pandangan mereka , hanya yang benar dan berfakta. Setiap hari Khamis , 9 malam di Saluran Arena 802
Unlock Bola Itu Life - SYOK Podcast [BM] podcast Email contact info,
Listeners & Audience details
Email contact information
Direct podcast contact details

Listeners
Audience numbers & engagement insights

Audience details
Podcast Insights

Podcast episodes
Check latest episodes from Bola Itu Life - SYOK Podcast [BM] podcast
Reviu perlawanan hari 1 & 2 Liga Juara-Juara Eropah 2026/27 | Bola itu Life!
2026/09/11
Dalam episod terbaru Bola itu Life kita memulakan podcast ini dengan Ejen Peremang Faiz iaitu Real Betis yang mulakan aksi cemerlang di UCL dan LaLiga dibantu oleh penyerang barunya iaitu Troy Parrott. Kemudian Ejen Peremang Keesh yang mengetengahkan isu AI yang tak mampu bersaing dengan aksi Ben Shelton dan Carlos Alcaraz dalam kejohanan US Open 2026.
Liga Juara-Juara Eropah 2026 disajikan dengan aksi-aksi menarik. Seperti persembahan Ayyoub Bouaddi yang cemerlang, mengingatkan kita pada Rodri ketika bersama Man City, aksi Barcelona menentang Feyenoord yang menang dengan jumlah gol yang besar, Inter Milan mempamerkan aksi yang cukup kemas walaupun menanggung kekalahan dengan Real Madrid, kemenangan pertama Andoni Iraola di Anfield, hatrik Ferran Torres di Parc Des Princes.
Kehangatan EL KLASIKO Indonesia, antara Persija dan Persib pada hujung minggu ini.
Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices
Kad Laporan: Jendela perpindahan 'Big Six' | Bola itu Life!
2026/09/04
Dalam episod terbaru Bola itu Life kita memulakan podcast ini dengan AS Roma yang memulakan musim dengan langkah kanan dibantu oleh kecemerlangan Donyell Malen dan Paulo Dybala. Anthony Gordon juga lagi satu nama yang perlu diberi perhatian kerana memulakan musim di kelab baru Barcelona dengan baik.
Seterusnya kita akan berbincang mengenai kad laporan untuk jendela perpindahan 'Big Six' Liga Perdana Inggeris iaitu Arsenal, Liverpool, Man Utd, Man City, Chelsea dan Tottenham Hotspurs. Pasukan manakah yang berbelanja dengan berhemah dan pasukan manakah yang mempunyai pemain paling ramai keluar?
Akhir sekali adalah pembukaan liga-liga bola sepak ASEAN bermula dengan beberapa kelab perlu diberi perhatian seperti Buriram, Kasuka FC & Persib Bandung didalam liga masing-masing.
Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices
“TRUST THE PROCESS!” David Seaman & Bola Itu Life Bicara Projek Arsenal Arteta | Musim 6
2026/08/28
Adakah “Trust the Process” akhirnya mula membuahkan hasil untuk Arsenal?
Dalam episod khas Bola Itu Life, legenda Arsenal David Seaman bersama Keesh dan Faiz mengupas perjalanan Arsenal di bawah kendalian Mikel Arteta, serta titik-titik penting yang memberi petanda bahawa projek The Gunners mencapai impian, menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris.
Turut bersama, Nash, peminat tegar Arsenal yang terpilih untuk bertemu David Seaman dan berkongsi pandangan tentang harapan, cabaran serta peluang Arsenal untuk musim ini.
Dalam episod ini:
* “Trust the Process” — masihkah peminat Arsenal perlu percaya?
* David Seaman tentang perkembangan Arsenal di bawah Arteta
* Apakah titik penting yang menunjukkan projek Arteta semakin berjaya?
* Mampukah Arsenal menjulang EPL sekali lagi?
* Apa yang perlu Arsenal lakukan untuk mengambil langkah seterusnya?
* Perspektif peminat Arsenal bersama Nash
* Harapan dan jangkaan untuk musim ini
Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices
BONUS! Previu Liga Perdana Inggeris 2026/2027 | Bola itu Life!
2026/08/21
Musim baharu kembali dengan pelbagai persoalan dan ramalan menarik! Dalam episod BONUS kali ini, kita mengupas tentang pembelian pemain paling 'UNDERRATED', siapa pengurus pertama yang bakal dipecat, serta jersi terbaik musim ini. Kita juga akan membincangkan pasukan yang paling dinanti-nantikan untuk ditonton dan siapa bintang muda B-23 yang berpotensi untuk menyerlah musim ini. Pendek kata, lima topik dan lima ramalan dari lima individu tetapi ramalan siapa yang betul-betul akan jadi kenyataan?
Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices
Kehangatan Bola Sepak Liga Perdana Inggeris Kembali | Bola itu Life!
2026/08/21
Dalam episod terbaru Bola itu Life kita kupas perkembangan empat gergasi Premier League menjelang musim 2026/2027 bermula dengan Arsenal yang membuka tirai dengan trofi dan persoalan sama adakah mereka mampu mempertahankan takhta serta menakluk eropah. Seterusnya kita lihat hala tuju Chelsea dibawah kepimpinan Xabi Alonso dan perubahan yang akan berlaku dalam skuad The Blues. Sebelum beralih ke Liverpool yang memasuki era baharu bersama Andoni Iraola serta persoalan sama ada pertahanan mereka masih cukup ampuh. Tidak ketinggalan Manchester United dan Michael Carrick. Adakah beliau cukup dipercayai untuk terus memimpin The Red Devils.
Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices
Membina bola sepak Malaysia untuk generasi akan datang! | Bola itu Life
2026/06/05
Bola Itu Life minggu ini membawa anda menyelami tiga kisah yang sedang mencorakkan landskap bola sepak. Dari perang kuasa di Bernabéu antara Florentino Pérez dan Enrique Riquelme yang mencetuskan persoalan tentang masa depan Real Madrid, ke Bandung untuk menilai sama ada Bojan Hodak benar-benar layak digelar jurulatih terbaik Asia Tenggara. Di tanah air pula, kami mengupas hubungan istimewa antara bola sepak Malaysia dan komuniti, bagaimana sukan ini menyatukan rakyat, membina identiti, dan menjadi warisan yang perlu dipelihara untuk generasi akan datang. Kerana pada akhirnya, bola sepak Malaysia bukan sekadar tentang apa yang berlaku hari ini, tetapi tentang apa yang akan kita tinggalkan untuk mereka yang akan datang.
Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices
Bagaimana Pep Guardiola Mengubah Bola Sepak Selamanya? | Bola itu Life
2026/05/29
Dari kisah luar biasa Como 1907 yang kini semakin hampir menjadi kuasa baru bola sepak Itali, kejatuhan tragis West Ham United yang akhirnya tersingkir dari Premier League, hinggalah penghormatan buat Pep Guardiola yang mengubah wajah bola sepak moden episod kali ini penuh dengan cerita tentang kebangkitan, kejatuhan dan warisan.
Kami juga membedah pertembungan gergasi antara Arsenal dan PSG dalam aksi penentuan ke final Liga Juara-Juara Eropah, perlawanan yang bakal menentukan siapa benar-benar bersedia untuk berdiri di pentas terbesar bola sepak dunia.
Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices
Dari Mimpi Wenger ke Revolusi Arteta: Arsenal Kembali Ditabalkan Raja England
2026/05/22
Dari kemungkinan pentas terakhir Neymar bersama Brazil di Piala Dunia 2026, hingga Aston Villa yang akhirnya menawan Eropah selepas kebangkitan luar biasa di bawah Unai Emery — episod kali ini sarat dengan kisah tentang penantian, tekanan dan takdir. Arsenal pula akhirnya menutup luka 22 tahun tanpa kejuaraan Liga Perdana Inggeris apabila generasi baharu Mikel Arteta membawa semula takhta ke North London. Di Indonesia, Bandung sudah mula bersiap sedia untuk berpesta apabila Persib semakin hampir menjulang kejuaraan Liga 1, manakala di Asia Tenggara, Selangor bakal berdepan malam paling getir musim ini apabila mereka wajib menewaskan Buriram dalam misi hidup mati demi meneruskan perjuangan.
Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices
Man United is back! Penantian 20 tahun Arsenal & misi piala pertama Selangor! | Bola itu Life
2026/05/07
Mingu ini, perbincangan Bola itu Life tertuju kepada dua perlawanan separuh akhir UEFA Champions League, melibatkan gergasi-gergasi Eropah! Tidak terlepas untuk kita bicarakan mengenai pulangnya Manchester United ke pentas terbesar Eropah! Dan, dua pasukan tanah air yang merebut gelaran terbaik Asia Tenggara!
Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices
Dato' Azizulhasni Awang the GOAT & malam indah separuh akhir Champions League! | Bola itu Life
2026/05/01
Lagenda negara, Dato' Azizulhasni Awang kembali mencipta kejayaan di pentas UCI, membuktikan beliau masih antara yang terbaik di dunia. Dalam dunia bola sepak pula, kejutan besar apabila José Mourinho dikaitkan dengan kepulangan ke Real Madrid, mencetuskan perbualan hangat dalam kalangan peminat.
Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices
Arsenal dalam fasa 'bottle'? dan 'KENIKMATAN' malam UCL | Bola itu Life
2026/04/17
Arsenal dalam fasa pembotolan apabila gagal merekodkan kemenangan dalam 2 perlawanan berturut-turut.
Malam UCL yang penuh dengan 'KENIKMATAN'! Banyak drama yang berlaku sepanjang 2 malam aksi gemilang ini berlangsung.
Liverpool yang terpaksa akur dengan kekuatan jentera serangan PSG yang menjadi mimpi ngeri buat mereka di Anfield.
Remontada yang gagal di cipta oleh Barcelona apabila tumpas secara aggregate di tangan Atletico Madrid selepas aksi yang penuh dengan penumpahan 'DARAH'.
Arsenal masih berjaya melangkah ke peringkat seterusnya walaupun berakhir tanpa jaringan menentang Sporting di Emirates.
Dan satu lagi pertembungan 'EPIK' yang bakal diingati ramai apabila Los Blancos gagal untuk melayakkan diri ke peringkat separuh akhir tumpas di tangan Bayern Munich!
Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices
Arsenal hampir berputih mata, Liverpool tersungkur dan cerita 'local pride' dari Thailand! | Bola itu Life
2026/04/10
Pemergian Mohamed Salah selepas 9 tahun penuh gemilang bersama Liverpool, hingga Bernardo Silva yang dilihat bakal menutup satu bab penting bersama The Citizens.
Dalam masa sama, Arsenal terus mengekalkan momentum cemerlang, manakala Liverpool semakin bergelut mencari rentak.
Tidak ketinggalan, kejutan dari Asia apabila Bangkok United tampil dengan aksi luar biasa untuk menumbangkan Gamba Osaka — bukti bola sepak rantau ini semakin mencabar!
Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices
Kad Laporan Harimau Malaya: Identiti ditinggalkan, suara penyokong dipinggirkan | Bola itu Life
2026/04/03
Episod kali ini kita selami cerita besar dunia bola sepak yang sedang panas membara!
Iraq akhirnya kembali ke pentas Piala Dunia selepas 40 tahun, satu kisah kebangkitan yang penuh emosi dan harapan baharu buat negara. Dalam masa sama, Itali pula terus terperangkap dalam kemelut prestasi, seolah-olah berada dalam mimpi ngeri yang tiada penghujung.
Di tanah air, prestasi Harimau Malaya jadi tanda tanya, penyokong mula bersuara, harapan mula goyah. Namun di rantau Asia Tenggara, jiran-jiran kita tampil dengan aksi yang cukup membanggakan, mencuri perhatian pentas antarabangsa.
Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices
Pesta gol di Camp Nou serta ucapan Selamat Tinggal kepada Piala Asia 2027!
2026/03/19
Episod minggu ini diperhangatkan dengan Kejuaraan AFCON milik Senegal yang ditarik balik & diberikan kepada Morocco!
Liga Juara Juara Eropah menyaksikan 9 gol di Camp Nou, pemain Chelsea hilang hormat kepada Liam Rosenior serta comeback Liverpool di Anfield...
Kita akhiri episod dengan Harimau Malaya mengucapkan selamat tinggal kepada Piala Asia edisi 2027
Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices
Man Utd kembali ke perangai lama?
2026/03/05
Kemelut Asia Barat melanda dunia sekarang ini terus cipta persepsi kurang enak akan pertandingan World Cup pada tahun ini, kali ini pasukan bola sepak wanita Iran mempamerkan 'national anthem' yang cukup perit.
Atletico Madrid mara ke final Copa Del Rey hasil dinding tebal Simeone sekali lagi, Remontada Barcelona tidak berjaya di Camp Nou.
Pasukan EPL semakin menjadi-jadi, Man Utd tewas kepada 10 orang pemain Newcastle yang begitu bersemangat, Man City juga tidak berjaya merapatkan diri dengan Arsenal, dan pasukan Arteta terus cetus ketidaktenteraman kali ini dengan 'gaya permainan'.
Debaran bola sepak Eropah dan Asia terus dirasai, JDT menang bergaya ke atas Sanfrecce Hiroshima, selangkah ke Jeddah?
Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices
Podcast reviews
Read Bola Itu Life - SYOK Podcast [BM] podcast reviews
Podcast sponsorship advertising
Start advertising on Bola Itu Life - SYOK Podcast [BM] relevant audience podcasts
You may also like to advertise on these Podcasts

4.87501973
The Dr. John Delony Show
Ramsey Network

4.512577662
RedHanded
RedHanded

4.959762000
Legal AF by MeidasTouch
MeidasTouch Network

4.9247711442
Unashamed with the Robertson Family
Tread Lively

4.8224751791
The Andrew Klavan Show
The Daily Wire

4.942031993
Chente Ydrach
Chente Ydrach

4.7106592000
FantasyPros - Fantasy Football Podcast
iHeartPodcasts

4.7278232000
The Matt Walsh Show
The Daily Wire

4.922672003
First15 Devotional
First15

4.838332000
Entrepreneurs on Fire
John Lee Dumas of EOFire